alhamdulillah
kita masih hidup dengan sihat sehingga ke hari ini. walaupun tanpa menjamah KFC, McD dan sebagainya. nyata kita tidak akan mati kebuluran tanpa makanan tersebut. itulah rahmat sebenarnya yang perlu kita sedari.
percaya atau tidak kebanyakan dari penyakit hari ini adalah berpunca daripada makanan segera. burger daging, ayam goreng, kentang goreng, milk shake, cola segalanya mengandungi penambah kimia, kaya lemak dan garam, warna tiruan dan kafein. inilah yang kita bawa masuk ke dalam tubuh badan kita hampir setiap hari.
maka mengapa kita masih makan makanan ini lagi? mahu mencuba nasib apakah cukup kuat menghadapi penyakit atau merasa tidak standard dan bergaya jika tidak menjamah makanan ini..
aduhhh cukup lah. jangan melakukan sesuatu yang akan merosak kan hidup kita. ayuh inilah masa terbaik kita tinggalkan tabiat yang buruk itu. mari makan tuk sihat. kembali kepada khasiat yang sangat2 diperlukan oleh tubuh kita. agar tubuh ini mendapat hak yang istimewa atau banyakkan berpuasa agar lebih banyak pahala dan lebih merehatkan sistem badan.
inilah hikmah dan rahmat dari boikot. ayuhh laksana segera!!
Saturday, January 31, 2009
pengkhianatan si anak
baru2 ni maksu menyertai rombongan meminang anak buah maksu. kami konvoi 15 buah kereta. (cam gi menikah je ramainya). meriah dengan sanak saudara kedua2 belah keluarga. ditambah juga sambutan dan layanan tuan rumah yang menyambut kami.
maka bermula l
ah berbincang kedua-dua belah pihak. dengan penuh adab sopan menyatakan hasrat si teruna menyunting si dara. apakah pihak keluarga bersetuju menyatukan 2 hati yang telah berpaut. dengan adat istiadat sirih junjung, tepak sirih, hantaran,cincin dan duit segalanya cantik dipersembahkan tuk majlis ini.
setelah setuju, maka si ibu menyarungkan cincin ke jari manis tanda pertunangan ini diterima. si dara tunduk malu sehingga sukar melihat kedua matanya. maka gembira lah ibubapa keluarga apabila adat ini dilaksanakan sebaiknya.
begitulah adanya suasana pada hari itu. namun bila difikirkan..itu adalah lakonan semata2. mana taknya, si teruna dan si dara telah berjanji setia terlebih dahulu sebelum diberitakan kepada ibubapa mereka. hantaran dan cincin itu adalah hasil dari persepakatan mereka membeli bersama2 kelmarin. maka apakah erti tunduk malu itu..kerana mereka telah banyak kali bertemu dan berkunjung ke rumah dengan bakal mertua ini.
hehe apakah keterlaluan maksu menyatakan mereka hanya berlakon? hehe. namun itu lah yang maksu rasakan. apakah si anak ini tidak menyedari bahawa mereka telah mengkhianati kepercayaan ibubapa mereka. dengan rasa kasih yang mendalam, ibubapa meraikan mereka dalam majlis yang indah bagi menyatukan mereka. namun sebelum ini, si anak telah melakukan sesuatu di luar pengetahuan atau redha ibubapa.
keluar berdua..berpegang tangan..sangat mesra...pada masa itu, mereka tidak memikirkan ibubapa. apakah perbuatan itu diterima oleh ibubapa? bukanlah itu ibarat menconteng arang ke muka mereka..
ah...itu lah masyarakat sekarang. ibubapa tidak dapat berkata bahkan menegah perbuatan anak2. itulah yang maksu maksudkan 'pengkhianatan si anak'..
am i right?
maka bermula l

setelah setuju, maka si ibu menyarungkan cincin ke jari manis tanda pertunangan ini diterima. si dara tunduk malu sehingga sukar melihat kedua matanya. maka gembira lah ibubapa keluarga apabila adat ini dilaksanakan sebaiknya.
begitulah adanya suasana pada hari itu. namun bila difikirkan..itu adalah lakonan semata2. mana taknya, si teruna dan si dara telah berjanji setia terlebih dahulu sebelum diberitakan kepada ibubapa mereka. hantaran dan cincin itu adalah hasil dari persepakatan mereka membeli bersama2 kelmarin. maka apakah erti tunduk malu itu..kerana mereka telah banyak kali bertemu dan berkunjung ke rumah dengan bakal mertua ini.
hehe apakah keterlaluan maksu menyatakan mereka hanya berlakon? hehe. namun itu lah yang maksu rasakan. apakah si anak ini tidak menyedari bahawa mereka telah mengkhianati kepercayaan ibubapa mereka. dengan rasa kasih yang mendalam, ibubapa meraikan mereka dalam majlis yang indah bagi menyatukan mereka. namun sebelum ini, si anak telah melakukan sesuatu di luar pengetahuan atau redha ibubapa.
keluar berdua..berpegang tangan..sangat mesra...pada masa itu, mereka tidak memikirkan ibubapa. apakah perbuatan itu diterima oleh ibubapa? bukanlah itu ibarat menconteng arang ke muka mereka..
ah...itu lah masyarakat sekarang. ibubapa tidak dapat berkata bahkan menegah perbuatan anak2. itulah yang maksu maksudkan 'pengkhianatan si anak'..
am i right?
Labels:
opini
satu perjalanan

alhamdulillah atas segala nikmat dan rahmat Allah. itulah yang maksu rasakan atas kurniaan persona ini. bermula cuti tahun baru cina langkah maksu semakin panjang. sabtu maksu melawat sahabat2 di jeram, selangor. ahad maksu melangkah ke muar, johor meraikan perkahwinan jiran maksu di kampung dulu. isnin pula maksu ke sungai buluh menyertai rombongan meminang anak buah maksu.
alhamdulillah itulah yg maksu harapkan bila memiliki persona tu. agar langkah ini lebih jauh dan maksu lebih banyak berbakti. hehe
apa yang maksu nak kongsikan lagi ialah kamis lalu maksu menghadapi temuduga Suruhanjaya Perkhidmatan Pelajaran. ni syarat tuk maksu lulus dengan gred DG41. jam 10pagi maksu perlu mendaftar diri. maka jam 9pagi dah sampai. namun jam 2.15petang baru tiba giliran maksu ditemuduga.
sepanjang masa itu lah jantung maksu berdenyut laju, mana taknya semua kwn2 maksu kata soalannya susah2. aduh...saat itu hanya Allah lah sahaja maksu mohon ketenangan. namun tempoh penantian yang sangat panjang menyebabkan maksu sangat bosan sehingga rase malas nak studi lg..hehe. apa2 pun maksu serahkan segalanya pada Allah
itu lah sepatutnya kita lakukan, sebagai hamba, hanya kepada Allah lah tempat kita serahkan segalanya. jiwa seorang muslim itu akan terasa tenang kerana sangat pasti bahawa Allah sentiasa akan membantu dan memberikan sesuatu yang paling baik tuk kita
samada nikmat atau musibah adalah ketentuan Allah. sebagai muslim kita redha kerana kita tahu segalanya adalah baik tuk kita. insya Allah
perjalanan kerjaya ini sangat panjang. bermula dengan menjalani kursus perguruan selama 1 tahun setengah. disibukkan dengan assignment, tutorial, kerja kursus, kuliah, praktikal dan peperiksaan. disambung dengan KISSEM, BTN dan temuduga. itu antara laluan yang perlu dilalui utk sampai ke tahap ini. kita siapkan persiapan emosi, tenaga, pemikiran dan belanja yang bukan sedikit.
begitu juga perjalanan ke destinasi, maksu menyiapkan persona dengan baik. alangkah bersedianya kita kerana menyedari perjalanan yang jauh memerlukan bekalan yang bukan sedikit agar sampai ke destinasi dengan selamat.
begitulah sepatutnya dengan perjalan hidup ini. utk sampai ke satu destinasi akhirat yang kekal dan sangat pasti. patutnya bekalan itu perlu lebih banyak. maka bilakah kita akan serius menyiapkan bekalan itu..
Labels:
inilah maksu
Monday, January 12, 2009
tangisan kita bersama


apa yang berlaku kini adalah sesuatu yang sangat menyakitkan. melihat gambar2 di web, tv ataupun surat kabar sahaja kita sudah tidak mampu melihatnya. maka apatah lagi jika kita berada bersama mereka di Palestin. Mampukah kita melihat kematian satu persatu manusia yang mungkin juga adalah ahli keluarga sendiri.
bagaimana hidup di alam perang, bunyi senjata dan bom di sana sini, runtuhan bangunan dan kemusnahan harta benda yang bersepah-sepah serta tangisan yang tak sudah. aduh bagaimana hati mereka menghadapi semua ini..
barangkali satu kesusahan kita di sini ibarat langit dan bumi. mereka kehilangan segalanya. bahkan bakal kehilangan negara. namun mereka tidak mengenal putus asa atau menyerah kalah. paling tidak sebutir batu ada di tangan mereka untuk dibaling ke muka yahudi terkutuk itu.
wahai diri..inilah ujian ukhuwah kita untuk saudara seagama di Palestin. banyakkan doa agar Allah menetap dan menguatkan hati2 mereka. Teruskan perjuangan wahai saudaraku. Yakinlah hati kami tetap bersamamu.
BOIKOT BARANGAN AMERIKA DAN SEKUTUNYA
ini usaha kita, dana inilah yang mereka gunakan untuk meragut nyawa saudara kita sendiri. Ayuhh..kita boikot habis habisan. biar tumbang ekonomi mereka. Kita tidak akan mati hanya kerana tidak dapat minum coca cola...tapi..rakyat Palestin akan mati hasil dari duit coca cola.
Boikot segera. Allahu Akbar!!
Labels:
opini
tahun baru

selamat tahun baru
sedar atau tidak dah 12hb Januari 2009. atas pelbagai kesibukan, maksu tidak dapat update kan blog ni sebaik mungkin. maklum lah tahun baru...sibuk sket.
pertama: sesi persekolahan yang baru.maka bermula lah kembali bertugas setelah 6minggu bercuti. mulai meeting sekolah, kurikulum, HEM, kokurikulum, panitia dan sebagainya. pembagian tugas dan segala macam hendak diuruskan.
tapi paling menyeronokkan bila tengok gelagat2 murid2 di tahun baru. maklumlah baju baru, kasut baru, beg baru dan segala peralatan baru. semangat betul. tu belum tengok suasana di prasekolah dan tahun satu. yang menangis..muntah..monyok..dan yang hebat2 pun ada.macam2..
kedua: sibuk ngan kereta baru..
hehe maksu dah dapat persona yang dah lama menjadi idaman kalbu maksu. bukan sibuk basuh kete baru...cuma sibuk urusan jual beli. memang glemer la pergi sekolah. tapi maksu selalu beringat bahawa ini adalah pemberian Allah Yang Maha Kuasa. Allah berhak memberi dan mengambilnya semula. Mudah mudahan nikmat yang diberi menjadikan maksu lebih banyak berbakti. Insya Allah
ok salam perjuangan di tahun baru..
Labels:
inilah maksu
Subscribe to:
Posts (Atom)