Wednesday, April 22, 2009

ziarah Baitullah dan Habibullah

alhamdulillah

dengan rasa syukur yang amat sangat.. maksu menyatakan bahwa ziarah Baitullah dan Habibullah akan dilaksanakan seperti yang dirancang. Maha Suci Allah yang merancang segalanya dengan sebaik2 nya..

seperti tidak disangka2, masalah yg menimpa itu telah Allah selesaikan dengan begitu hebat sekali. tidak terlintas bahawa perjalanan ini akan menduduki kedudukan teratas mengatasi segala perancangan manusia.

hebat sekali ayat Allah, bahawa sesiapa yang bertawakal maka Allah akan membuka jalan kebaikan yang tidak disangka2nya. benar sungguh ayat itu..Alhamdulillah dan tahniah tuk along dan mak yang pasti tidak jemu2 memanjatkan doa agar perjalanan ini diteruskan.

InsyaAllah panggilan dan jemputan Allah ini tidak akan dipersia2kan. mohon doa dari sahabat agar kami dapat melaksanakan tuntutan ibadah ini sebaiknya. mohon doa agar selamat dan aman dalam perjalanan.

terlintas juga dihati, andai maut yang menjemput maksu..maka maksu amat berharap agar di akhir nafas itu, maksu telah bertaubat..Perkenankanlah doa ini Ya Allah

sekarang maksu mula membaca buku panduan umrah dan ziarah..paling terharu..ketika membaca doa menziarahi maqam Rasulullah..

Wahai RasulullahHabibullah ..dengan izin Allah aku akan sampai ke maqammu...Masyaallah atas hadis yg kau lafazkan bahawa...

'Siapa yang menziarahi kuburku patutlah ia mendapat syafaatku'

Hati mana yg tidak tersentuh dengan lafaz ini..disaat suatu masa nanti, tiada apa yang dapat menyelamatkan kami dari azab dan siksa atas dosa dan derhaka kami melainkan kurniaan syafaat darimu wahai Rasulullah...

Wahai Rasulullah Habibullah..izinkan cinta ini bertapak teguh dihatiku..agar aku tetap mencintaimu sesuai dengan rasa cintamu terhadap kami. agar kami tetap menghargai jasa dan pengorbananmu sehingga kami mengenal agama kami ini.

Wahai Rasulullah..izinkan aku mendapat kurniaan syafaatmu nanti...

yuhuuu

assalamualaikum

yuhuuu..
lama dah maksu xmasuk kat blog ni. hehe
ada juga kawan2 yg bertanya, baru lah maksu tau rupa2 nya ade juga yg sudi menjengah ke blog maksu ni. hehe ingatkan maksu dok cakap sorang2 je kat sini..

maksu saje je buat camtu..maklumlah, bila dah xde barulah kita terasa kehilangan. kalu selama ni xkesah sangat.. hehe

bila ku sedari..
diri disayangi..
langkah kaki ini..
semakin berani..

hehe tu lagu ukays dulu2..