Monday, June 22, 2009

langkah bermula

alhamdulillah



Jumaat, 29 MEI 2009 seperti yg dirancang, kami sampai ke KLIA tuk penerbangan SAUDI ARABIA ke MADINAH jam 1.30tengahari. dengan mak dan along, kami melambai pd keluarga yg menghantar. sedih jugak meninggalkan mereka. tapi perasaan?? berdebar2 dan x sabar2 tuk melakukan perjalanan ini.

pertama kali dalam hidup maksu naik kapal terbang dengan perjalanan yg memakan masa 8jam. mula2 gayat dan kecut perutt jugak..hehe tapi subhanallah melihat lautan awan yg membentuk..



sampai madinah jam 4.30 petang. kalu jam di malaysia dah 9.30malam. aduh mesti korang dah nak tido time tuh. tp kami kat sana masih siang lg...aduh..waktu siang lebih lama dari malam..

alhamdulillah sampai ke bumi anbiya', bumi yg bersejarah, penuh barakah..



30mei 2009
di madinah, jam 3pg dah bangun, siap2 tuk ke masjid. walaupun tido sekejap je, tp tetap rasa puas, perasaan rasa gembira tuk solat dalam Masjid Nabawi. inilah barokahnya..sehingga jalan yg sesak terasa lapang, badan yg letih terasa ringan, hati gembira kerana inilah jalan yg pernah dilalui oleh Rasulullah..

Hari pertama ialah menziarahi maqam Rasulullah. Ya Allah..tidak tahu bagaimana rasa gembira dan terharu kerana dapat menziarahimu Rasulullah. walaupun kami tidak pernah berjumpa denganmu, namun kami masih terasa kasih sayangmu kepada kami.. mudah mudahan kami dapat bersamamu di syurga nanti..Ya Allah izinkan kami bersama dengan kekasihMu..

bersebelahan adalah maqam Saidina Abu Bakar dan Umar. mengenang kembali sirah mereka. perjuangan, pengorbanan mmg xdapat dinafikan. tapi maksu terharu dengan kasih sayang mereka terhadap Rasulullah. mmg sepatutnya mereka mendapat tempat yg istimewa di sisi Allah dan dihati Rasulullah.

kemudian maksu menziarahi 'RAUDHAH'. satu tempat dalam masjid nabawi yg dikatakan oleh Rasulullah bahawa disitu taman syurga. maka berasak2 lah jemaah wanita kerana masa yg dihadkan. alhamdulillah..mudah2an Allah menerima dan meredhai kita tuk berada di syurgaNya kelak.

Hari ke2 di Madinah, kami bergerak ke masjid Quba', masjid pertama didirikan oleh Rasulullah ketika hijrah. pastu gi Jabal Uhud, mengenang peristiwa perang ke2 islam. menziarahi kubur2 para syuhada' yg terkorban ketika perang uhud dulu termasuk la saidina hamzah. pastu kami gi pasar kurma. borong habis la tuk jd bekalan balik nanti.






hari ke 3 di madinah, hari ni last day sbb nak gi Mekah pasni. sgt sedih gak meninggalkan Rasulullah dan bumi Madinah ni. kami mengucapkan salam perpisahan kpd Rasulullah bagi meneruskan perjalanan ke Mekah. mudah2an kami sampai tuk menziarahimu lagi wahai kekasih Allah..


begitulah ceritanya...nanti maksu sambung lagi ok..insyaallah
( dah ngantukk) hehe


aduh rindunya..

assalamualaikum

bersua kembali kita di ruangan ini. atas pelbagai kesibukan dan rintangan maka sudah lama maksu tak menjenguk ke blog ini. tima kasih pada yg sudi menanti hehe

alhamdulillah maksu selamat kembali ke tanah air. ikuti rencana maksu ( cewahh ) pada post istimewa nanti. pastu laptop ni plak buat hal maka bertambah tebal lah rindu maksu tuk menulis dan meluahkan jiwang maksu ke blog ini.