
alhamdulillah atas segala nikmat dan rahmat Allah. itulah yang maksu rasakan atas kurniaan persona ini. bermula cuti tahun baru cina langkah maksu semakin panjang. sabtu maksu melawat sahabat2 di jeram, selangor. ahad maksu melangkah ke muar, johor meraikan perkahwinan jiran maksu di kampung dulu. isnin pula maksu ke sungai buluh menyertai rombongan meminang anak buah maksu.
alhamdulillah itulah yg maksu harapkan bila memiliki persona tu. agar langkah ini lebih jauh dan maksu lebih banyak berbakti. hehe
apa yang maksu nak kongsikan lagi ialah kamis lalu maksu menghadapi temuduga Suruhanjaya Perkhidmatan Pelajaran. ni syarat tuk maksu lulus dengan gred DG41. jam 10pagi maksu perlu mendaftar diri. maka jam 9pagi dah sampai. namun jam 2.15petang baru tiba giliran maksu ditemuduga.
sepanjang masa itu lah jantung maksu berdenyut laju, mana taknya semua kwn2 maksu kata soalannya susah2. aduh...saat itu hanya Allah lah sahaja maksu mohon ketenangan. namun tempoh penantian yang sangat panjang menyebabkan maksu sangat bosan sehingga rase malas nak studi lg..hehe. apa2 pun maksu serahkan segalanya pada Allah
itu lah sepatutnya kita lakukan, sebagai hamba, hanya kepada Allah lah tempat kita serahkan segalanya. jiwa seorang muslim itu akan terasa tenang kerana sangat pasti bahawa Allah sentiasa akan membantu dan memberikan sesuatu yang paling baik tuk kita
samada nikmat atau musibah adalah ketentuan Allah. sebagai muslim kita redha kerana kita tahu segalanya adalah baik tuk kita. insya Allah
perjalanan kerjaya ini sangat panjang. bermula dengan menjalani kursus perguruan selama 1 tahun setengah. disibukkan dengan assignment, tutorial, kerja kursus, kuliah, praktikal dan peperiksaan. disambung dengan KISSEM, BTN dan temuduga. itu antara laluan yang perlu dilalui utk sampai ke tahap ini. kita siapkan persiapan emosi, tenaga, pemikiran dan belanja yang bukan sedikit.
begitu juga perjalanan ke destinasi, maksu menyiapkan persona dengan baik. alangkah bersedianya kita kerana menyedari perjalanan yang jauh memerlukan bekalan yang bukan sedikit agar sampai ke destinasi dengan selamat.
begitulah sepatutnya dengan perjalan hidup ini. utk sampai ke satu destinasi akhirat yang kekal dan sangat pasti. patutnya bekalan itu perlu lebih banyak. maka bilakah kita akan serius menyiapkan bekalan itu..
lawa kete maksu...xbawak angah jalan2 pun masa angah balik aritu...huhuhhu
ReplyDeletehehe aduh time tu lum beli lg laa.
ReplyDelete