Saturday, January 31, 2009

pengkhianatan si anak

baru2 ni maksu menyertai rombongan meminang anak buah maksu. kami konvoi 15 buah kereta. (cam gi menikah je ramainya). meriah dengan sanak saudara kedua2 belah keluarga. ditambah juga sambutan dan layanan tuan rumah yang menyambut kami.

maka bermula lah berbincang kedua-dua belah pihak. dengan penuh adab sopan menyatakan hasrat si teruna menyunting si dara. apakah pihak keluarga bersetuju menyatukan 2 hati yang telah berpaut. dengan adat istiadat sirih junjung, tepak sirih, hantaran,cincin dan duit segalanya cantik dipersembahkan tuk majlis ini.

setelah setuju, maka si ibu menyarungkan cincin ke jari manis tanda pertunangan ini diterima. si dara tunduk malu sehingga sukar melihat kedua matanya. maka gembira lah ibubapa keluarga apabila adat ini dilaksanakan sebaiknya.

begitulah adanya suasana pada hari itu. namun bila difikirkan..itu adalah lakonan semata2. mana taknya, si teruna dan si dara telah berjanji setia terlebih dahulu sebelum diberitakan kepada ibubapa mereka. hantaran dan cincin itu adalah hasil dari persepakatan mereka membeli bersama2 kelmarin. maka apakah erti tunduk malu itu..kerana mereka telah banyak kali bertemu dan berkunjung ke rumah dengan bakal mertua ini.

hehe apakah keterlaluan maksu menyatakan mereka hanya berlakon? hehe. namun itu lah yang maksu rasakan. apakah si anak ini tidak menyedari bahawa mereka telah mengkhianati kepercayaan ibubapa mereka. dengan rasa kasih yang mendalam, ibubapa meraikan mereka dalam majlis yang indah bagi menyatukan mereka. namun sebelum ini, si anak telah melakukan sesuatu di luar pengetahuan atau redha ibubapa.

keluar berdua..berpegang tangan..sangat mesra...pada masa itu, mereka tidak memikirkan ibubapa. apakah perbuatan itu diterima oleh ibubapa? bukanlah itu ibarat menconteng arang ke muka mereka..

ah...itu lah masyarakat sekarang. ibubapa tidak dapat berkata bahkan menegah perbuatan anak2. itulah yang maksu maksudkan 'pengkhianatan si anak'..

am i right?

4 comments:

  1. salam...ni aizat tunang ek..huhuhu...seedih lak bile nampak abah dalam gambar tu...huhuhu

    ReplyDelete
  2. hehe abah angah kan macho. clear je dlm gambar.

    ReplyDelete
  3. hishh maksu kene maklumkan kat sini. roslizan ni adalah anak buah maksu. anak kpd kakak maksu no 4. so harap2 xde la yg risau @ pelik ngan kitaorg hehe

    ReplyDelete
  4. aah...saya la roslizan tu..anak buah maksu....mak saya makteh...huhuhu...k,

    ReplyDelete