mmm pengubat rindu time cuti ni..
Friday, March 13, 2009
Tuesday, March 10, 2009
sadis..
sadiss..
aduhh.. tu lah yg maksu rasakan sekarang nih. mana taknya..hasrat menunaikan umrah tergendala. along ada problem plak. xleh nak pegi time yg dijanjikan..
aduhh..
sedihnya maksu..sedihnya..
sekarang ni maksu ngan mak tgh fikir2..renung2.. cane nak settle kan masalah. kami masih berharap agar hajat ini dapat ditunaikan..jauh di hati ini meronta2 tuk melangkah ke sana. namun adakah maksu harus pasrah dan berbisik kepada hati ini bahawa..
'masih belum ada rezeki lagi..'
aduh sedihnya..kerana yg punya rintangan adalah along. bukan maksu or mak. kalu masalah maksu mungkin maksu akan pasrah jugak.. time cuti sekolah 2minggu ni la nak pegi. cuti seminggu bulan 3 and 8 xsempat lak. kalu bulan 12 xleh sbb tuk org haji je. so maksu ada bulan 6 ni je. kalu x, tunggu tahun depan lagi...
aduh..
apa2 pun maksu masih berdoa dan berharap sangat2 agar Allah memberi ruang perjalanan ini kepada maksu.
Ya Allah izinkan aku tuk sampai ke Baitullah, menziarahi NabiMu dan melaksanakan ibadah ini sebaiknya..Izinkan aku Ya Allah.. perkenankanlah doaku ini..

Labels:
langkah menuju umrah
Monday, March 9, 2009
Maafkan kami Wahai Rasulullah..
Ini adalah kisah titisan air mata insan mulia. Air mata itu adalah milik Abu Bakar radiallahu anhu. Di gua Tsur yang sangat gelap, yang menjadi tempat persinggahan dan persembunyian saat penghijrahan Rasulullah dan Abu Bakar. Rasulullah baring di atas tanah dan kepalanya berbantalkan peha Abu Bakar. Kemudian keluar seekor ular dari salah satu lubang di dalam gua itu. Tanpa berlengah, Abu Bakar menutup lubang itu dengan kakinya.
Maka berlinanglah air mata insan mulia ini menahan sakit bisa sang ular. Namun Abu Bakar tetap bertahan sekuat tenaga agar kakinya tetap tidak bergerak kerana bimbang mengejutkan Rasulullah yang sedang tidur. Air mata itu tidak dapat di tahan lagi hingga menitis jatuh ke pipi Rasulullah. Rasulullah terjaga dan terkejut. Dengan pantas Abu Bakar memohon maaf kerana mengejutkan Rasulullah.
Inilah bukti cinta Abu Bakar terhadap Rasulullah sehingga melakukan pengorbanan sedemikian rupa. Bukan kerana pangkat atau harta Rasulullah. Tetapi kerana Rasulullah adalah insan agung pilihan Allah.
Begitu juga dengan kisah Zaid bin Harithah ketika ditangkap dan diancam bunuh oleh musyrikin. Zaid ditanya, “Wahai Zaid, mahukah kamu jika Muhammad mengggantikan tempatmu sekarang ini?”. Maka segera Zaid menjawab, “Demi Allah, aku tidak rela Muhammad menggantikan aku, walaupun hanya ditusuk duri sekalipun”.
Maafkan kami wahai Rasulullah…
Kami rasa terpukul dengan pengorbanan yang dilakukan oleh Sahabatmu. Kami kagum kerana itu adalah natijah dari rasa cinta yang mendalam kepadamu. Sehingga kami merasa malu kerana kami tidak pasti apakah kami akan sedia berkorban untukmu andai kami berada di tempat mereka.
Wahai Rasulullah, ada insan yang begitu berani menodai kehormatan dan kemuliaanmu. Pernah kartunis Denmark menyatakan penghinaan kepadamu. Perasaan marah kami membara, kami tidak membenarkan Rasulullah dihina!.
Namun Rasulullah… tidak dapat kami bayangkan andainya Rasulullah muncul di saat ini menyaksikan kehidupan kami. Pasti Rasulullah merasa sangat sedih dengan cara kehidupan kami saat ini. Sunnahmu sangat jarang kami lakukan. Maka apakah tanda rasa cinta kami kepadamu? Maafkan kami atas kelalaian kami. Apakah rasa cinta kami hanya dibibir kami sahaja namun tidak terlaksana dalam amalan hidup kami.
Maafkan kami wahai Rasulullah..
Permohonan maaf ini tertanam dihati kami agar kami kembali mengingati dan menyanjungimu. Agar hati kami dekat dengan insan mulia sepertimu. Agar kami lebih mengenalimu, mencintaimu, mengikutimu dan membelamu. Mudah mudahan kebaikan dan jasamu menjadi contoh dalam kehidupan kami sehari hari.

tazkirah buat diri
Thursday, March 5, 2009
pasport
alhamdulillah
sedikit persediaan telah selesai. maksu baru je amik pasport siang tadi. ambik gamba and yang paling best gi beli beg besar. huh semangat tul nak gi umrah nih.

tu la rupa beg maksu nak berangkat umrah ni. kira ok la tuh. muat la keperluan tuk 2 minggu merantau. pastu tadi gi la tempah baju 2helai tuk dibawa bersama. mak maksu la kata 'bia la ada baju baru sket'.. betul gak tuh. semangat baru jadinya. hehe
mmm sediakan barang2 ni siap2. sok2 nak sibuk membaca and menghafal plak. kata2 abg maksu, bia kita hafal bacaan2 yg perlu dibaca kat sana. sbb kalu asyik tgk buku je..haha payah la pastu takut mata asyik pandang buku..kang tersepak ke.. terlanggar ke..payah lak.
tu la persediaan maksu. selain menyiapkan kekuatan dalaman. cewah.. banyak2 kan selawat ke atas Nabi. bukan hanya sbb nak sambut maulidurrasul ni tp tuk semarakkan rasa kasih dan cinta kepada Nabi. mudah-mudahan maksu lebih menghargai Nabi kita nih. nanti nak ziarah maqam Rasulullah..subhanallah...
mak suruh doa agar badan sihat, cergas tuk laksanakan ibadah. and doa agar kita sentiasa bersama. maksu, mak and along. ada gak denga cite, org boleh hilang and sesat kat sana..mmm takut gak camtu. mane la nak carik kalu camtu..
Ya Allah sampaikan lah kami kepadaMu dan lapangkanlah perjalanan kami ini agar perjalanan ini mendapat rahmat dan kasihMu..
Labels:
langkah menuju umrah
kem bestari solat

mmm satu aktiviti jqaf ni ialah kem bestari solat. kat sini lah murid2 di ajar tuk wudhu' and solat dengan betul. so guru2 yg dilantik akan mengajar mengikut kumpulan2 yg ditetapkan.
baru je selesai sabtu lepas. best gak kem ni. ramai guru2 yg sudi membantu. meriah lah rasanya. bila dah dibahagikan dlm kumpulan kecik, so setiap murid dpt diteliti sorang2. so guru2 dapat kenalpasti bacaan, perlakuan setiap ibadah tuh.
pape pun, alhamdulillah dari kaca mata maksu, ramai yang dah boleh melaksanakan solat dengan baik. bacaan ok, perlakuan pun ok. kira ok lah tuh. mudah2han murid2 dpt melaksanakannya dirumah.
huh bekalan pahala tuk guru2 tu. alhamdulillah ilmu yg bermanfaat. untung jadik cikgu nih.. hehe
Labels:
disekolah
kelas tilawah
salam..

lama maksu xpost. hehe laptop ni diguna oleh cikgu lain.al maklum la ni laptop sekolah.. so menanggung rindu la maksu tuk bukak blog nih. alhamdulillah dah dpt balik..aduh..bila la ada rezki nak beli pc sendiri ni..hehe
kelas belansung cam biasa. kali ni maksu nak cite pasal kelas tilawah al-quran tuk tahun 2 and 3. mereka sepatutnya dah baca al-quran. namun masih ada segelintir yang masih belum berada di tahap sepatutnya.

so masih baca iqra' walaupun kwn2 lain yang dah laju baca al-quran. tahap murid lain2. ada yang cepat dan lambat. sangat mencabar mengajar kerana mereka cam baru nak kenal huruf. pastu dah di ajar cepat lupa. kalu lepas cuti sekolah lah yg seksa..lupa semua..aduhh tak ulangkaji kat umah la tuh..
pape pun..tu la tugas guru. perlu sentiasa sabar dan sentiasa bagi sokongan tuk mereka bina keyakinan diri bahawa mereka yg lemah juga boleh jadi cam kwn2 yg pandai. janji rajin usaha dan selalu ulangkaji..
Labels:
P n P
Subscribe to:
Posts (Atom)