Ini adalah kisah titisan air mata insan mulia. Air mata itu adalah milik Abu Bakar radiallahu anhu. Di gua Tsur yang sangat gelap, yang menjadi tempat persinggahan dan persembunyian saat penghijrahan Rasulullah dan Abu Bakar. Rasulullah baring di atas tanah dan kepalanya berbantalkan peha Abu Bakar. Kemudian keluar seekor ular dari salah satu lubang di dalam gua itu. Tanpa berlengah, Abu Bakar menutup lubang itu dengan kakinya.
Maka berlinanglah air mata insan mulia ini menahan sakit bisa sang ular. Namun Abu Bakar tetap bertahan sekuat tenaga agar kakinya tetap tidak bergerak kerana bimbang mengejutkan Rasulullah yang sedang tidur. Air mata itu tidak dapat di tahan lagi hingga menitis jatuh ke pipi Rasulullah. Rasulullah terjaga dan terkejut. Dengan pantas Abu Bakar memohon maaf kerana mengejutkan Rasulullah.
Inilah bukti cinta Abu Bakar terhadap Rasulullah sehingga melakukan pengorbanan sedemikian rupa. Bukan kerana pangkat atau harta Rasulullah. Tetapi kerana Rasulullah adalah insan agung pilihan Allah.
Begitu juga dengan kisah Zaid bin Harithah ketika ditangkap dan diancam bunuh oleh musyrikin. Zaid ditanya, “Wahai Zaid, mahukah kamu jika Muhammad mengggantikan tempatmu sekarang ini?”. Maka segera Zaid menjawab, “Demi Allah, aku tidak rela Muhammad menggantikan aku, walaupun hanya ditusuk duri sekalipun”.
Maafkan kami wahai Rasulullah…
Kami rasa terpukul dengan pengorbanan yang dilakukan oleh Sahabatmu. Kami kagum kerana itu adalah natijah dari rasa cinta yang mendalam kepadamu. Sehingga kami merasa malu kerana kami tidak pasti apakah kami akan sedia berkorban untukmu andai kami berada di tempat mereka.
Wahai Rasulullah, ada insan yang begitu berani menodai kehormatan dan kemuliaanmu. Pernah kartunis Denmark menyatakan penghinaan kepadamu. Perasaan marah kami membara, kami tidak membenarkan Rasulullah dihina!.
Namun Rasulullah… tidak dapat kami bayangkan andainya Rasulullah muncul di saat ini menyaksikan kehidupan kami. Pasti Rasulullah merasa sangat sedih dengan cara kehidupan kami saat ini. Sunnahmu sangat jarang kami lakukan. Maka apakah tanda rasa cinta kami kepadamu? Maafkan kami atas kelalaian kami. Apakah rasa cinta kami hanya dibibir kami sahaja namun tidak terlaksana dalam amalan hidup kami.
Maafkan kami wahai Rasulullah..
Permohonan maaf ini tertanam dihati kami agar kami kembali mengingati dan menyanjungimu. Agar hati kami dekat dengan insan mulia sepertimu. Agar kami lebih mengenalimu, mencintaimu, mengikutimu dan membelamu. Mudah mudahan kebaikan dan jasamu menjadi contoh dalam kehidupan kami sehari hari.

No comments:
Post a Comment