Tuesday, July 7, 2009

langkah bermula part 2

bertemu kembali..
tak sabar2 maksu nak sambung kembali rencana maksu gi umrah ni. namun ada urusan yang lebih diutamakan..(nanti maksu cite ok) so tepaksa la pause jap. so alhamdulillah hari ni free maksu buka kembali catatan umrah maksu.

perjalanan pagi isnin 1 jun 2009 menuju ke mekah. meredah padang pasir merangkap highway mmg jauh benar bezanya dengan malaysia. cane la dorang boleh duduk kat tgh2 panas camni. bas yg ada air cond ni pun terasa bahangnya..

dalam hati maksu benar2 tersentuh apabila Allah mengizinkan maksu sampai ke Mekah ini. menyedari amal soleh yg tidak seberapa serta beban dosa diri sendiri, namun Allah tetap bersetuju membawa maksu sampai ke sini. inilah nikmat yg sangat2 maksu hargai.. selangkah kita kepada Allah, seribu langkah Allah akan dekat pada kita..

dalam bas, kami bertalbiyah.. kami datang wahai Allah..kami datang kepadaMu.. bertekad utk tidak akan melakukan syirik kepadaMu. bersyukur atas nikmatMu yg tidak terhingga dan Kau lah Pemilik Agung keatas kami..

Alhamdulilah kami sampai kepadaMu




berada dalam Masjidil Haram adalah satu yg sukar tuk dilafazkan dgn kata2. melihat sendiri Kaabah didepan mata terasa sangat syahdu sehingga menitiskan air mata. tidak dapat dipastikan perasaan mana yg lebih tepat tuk digambarkan pada ketika itu.

gembira?
ya sbb inilah dia rumah yg disucikan Allah, maka maksu berada dihadapannya

sedih?
ya juga sbb merasa diri sgt2 kerdil tuk mendapat nikmat Allah ini

sayu?
ya juga sbb mengenang sejarah Rasulullah dan Nabi2 terdahulu

insaf?
ya juga sbb melihat lautan manusia mengelilingi kaabah seolah2 melihat mayat2 manusia yg memakai kain kafan.
terharu?
ya sbb Allah menerima kedatangan maksu tuk berada di tempat yg suci ini.
tak tahu maksu bagaimana nak melafazkan..
Namun segala puji dan syukur hanya tuk Allah atas undangan ini..




di Mekah kami dibawa ke ladang unta, jabal Thur, Jabal Rahmah, Jabal Nur serta tempat2 ibadah haji. segalanya sangat tersentuh apabila kita menghayati sirah nya.. bayangkan inilah tempat yang dipilih Allah tuk menerima amanah alam ini..

seterusnya bermula lah ibadah umrah kami. bermula dengan niat umrah di miqat, melakukan tawaf 7kali pusingan kaabah, melakukan saie iaitu berjalan dari Safa ke Marwah dan bergunting. ibadah ini penuh dengan sirah yg sgt bermakna. alhamdulillah, kami dapat melaksanakannya. Wahai Allah termalah amal kami ini..

wahai Allah..ampuni dosa kami. ampuni kami atas kelalaian dan kebodohan kami kerana meringan2kan ajaranMu. telah jelas dimata kami, telah berada difikiran kami maka bantulah kami tuk terus mentaatiMu, mematuhi ajaranMu, berada bersama2 hambaMu yg soleh yg Kau beri rahmat dan nikmat. tolong kami Ya Allah mudah2an kami beroleh kasih sayangMu..

hari terakhir kami singgah di Jeddah, masjid terapung dan Laut Merah. kemudian sampai ke airport tuk pulang ke Malaysia..perasaan? rasa cam xnak balik...
pada kawan2 maksu sarankan agar bertekad tuk sampai ke sini. coretan maksu ini masih belum menggambarkan perasaan maksu yang sebenar. maka, tuk lebih merasainya, segeralah sampai ke sana...








No comments:

Post a Comment