Saturday, January 31, 2009

rahmat boikot

alhamdulillah

kita masih hidup dengan sihat sehingga ke hari ini. walaupun tanpa menjamah KFC, McD dan sebagainya. nyata kita tidak akan mati kebuluran tanpa makanan tersebut. itulah rahmat sebenarnya yang perlu kita sedari.

percaya atau tidak kebanyakan dari penyakit hari ini adalah berpunca daripada makanan segera. burger daging, ayam goreng, kentang goreng, milk shake, cola segalanya mengandungi penambah kimia, kaya lemak dan garam, warna tiruan dan kafein. inilah yang kita bawa masuk ke dalam tubuh badan kita hampir setiap hari.

maka mengapa kita masih makan makanan ini lagi? mahu mencuba nasib apakah cukup kuat menghadapi penyakit atau merasa tidak standard dan bergaya jika tidak menjamah makanan ini..

aduhhh cukup lah. jangan melakukan sesuatu yang akan merosak kan hidup kita. ayuh inilah masa terbaik kita tinggalkan tabiat yang buruk itu. mari makan tuk sihat. kembali kepada khasiat yang sangat2 diperlukan oleh tubuh kita. agar tubuh ini mendapat hak yang istimewa atau banyakkan berpuasa agar lebih banyak pahala dan lebih merehatkan sistem badan.

inilah hikmah dan rahmat dari boikot. ayuhh laksana segera!!



3 comments:

  1. waalaikumussalam
    ahlan wa sahlan ummul masyitah

    ReplyDelete
  2. erm....memang berhikmah sungguh boikot ni nek...tapi ramai x sedar...ramai yang x boikot...sekarang ni pesta buku kat mesir...banyak pepsi di jual...hurm...entah la

    ReplyDelete