
itu lah yang maksu rasakan hingga kini.
ayah maksu dah lama meninggal, tahun 1988 maka mak maksu tinggal seorang di kampung. bila ekonomi maksu kian pulih dan setelah memujuk beberapa tahun barulah kini maksu berjaya membawa mak tinggal bersama di seremban.
bukan senang tuk mak membiasakan diri. dari suasana kampung yang bebas dan tenang kepada rumah batu empat segi yang gelap dan sunyi..(hehe teruk je bunyik nye). yelah sesudah subuh maksu akan berangkat ke sekolah dan jam 3 lebih baru sampai rumah. saat itu maksu akan terus menuju ke bilik tuk berehat. maka emak akan sendiri lagi..
apa2 pun maksu bersyukur kerana diberi kesempatan tuk bersama emak. maksu berhasrat tuk terus menjaga keperluan dan kebajikannya. inilah saatnya membalas jasa pengorbanannya selama ini. pasti kejayaan maksu hari ini adalah dari linangan airmata dan keringat mak. perit juga menyara 10 orang anak setelah kematian ayah. jika dikenang, pasti menitiskan air mata.
kehadiran mak disisi sangat2 maksu hargai. kasih sayang, perhatian dan belaian yang diberikan membuatkan maksu sentiasa rasa istimewa dan terjaga. terima kasih mak.. i luv u sangat2.
namun, dalam pada itu, maksu menyedari bahawa kesibukan maksu hari2 membuatkan mak akan rasa terpinggir. samada kesibukan kerja, urusan peribadi, urusan masyarakat mahupun kesibukan yang ditempah sendiri..hehe. maklum la anak mak ni ramai kawan dan ramai kenalan maka banyak lah acara terutama hari cuti dan hujung minggu.
maksu sangat maklum bila mak diam dan kurang bercakap..(tu tanda mak marah) hehe bila maksu ada program ngan kawan2 hari sabtu dan ahad. atau mungkin maksu balik lambat hingga mak risau kemana lah maksu pegi sampai senja baru sampai rumah.
"mano la kau pegi sehari suntuk.."
mak..maaf kan maksu. anak mak ni tak nakal. bukan sengaja merisaukan mak. maksu bukan pergi tempat2 yang salah atau jumpa kawan2 yang rosak. mak..maksu keluar mencari ilmu dan menabur bakti agar kesempatan hayat ini maksu menjadi orang2 yang banyak berbakti. apa lagi yang boleh diharapkan melainkan 3 perkara yang dapat membantu di alam kubur nanti.
anak soleh yang mendoakan, ilmu yang bermanfaat dan sedekah jariah, itulah yang dapat dibawa bekalan tuk kehidupan selepas mati. maksu tahu, bakti anak kepada orang tuanya adalah pahala yang besar, tapi mak izinkan maksu berbakti tuk orang lain juga.
mak, kasih sayang dan sifat memahami mak sangat2 maksu hargai. mudah-mudahan amal maksu ini diterima Allah dan maksu mahu kongsikan bersama mak. percaya lah mak, mak mempunyai kedudukan istimewa di hati ini. moga kita tetap bersama di dunia dan akhirat nanti..i luv u so much..
No comments:
Post a Comment