Friday, February 13, 2009

rahsia bulan kelahiran

hari sabtu ni maksu duduk je di rumah. tak de plak nak plan kemana2. so apa lagi..maksu terbaca la plak satu post org ni berkenaan bulan kelahiran yang kononnya ada kaitan ngan diri tuan punya badan. so maksu pun teruskan bacaan.

maksu lahir bulan september, so huraiannya berbunyi...

SEPTEMBER

* Sangat bersopan santun & bertolak ansur.
* Sangat cermat, teliti & teratur.
* Suka menegur kesilapan orang lain & mengkritik.
* Pendiam tapi pandai bercakap.
* Sikap sangat cool, sangat baik & mudah simpati.
* Sangat perihatin & terperinci, amanah, setia & jujur.
* Kerja yang dilakukan sangat sempurna.
* Sangat sensitif yang tidak diketahui.
* orang yang banyak berfikir.
* Daya pentaakulan yang baik.
* Otak bijak & mudah belajar.
* Suka mencari maklumat.
* Kawal diri dari terlalu mengkritik.
* Pandai mendorong diri sendiri.
* Mudah memahami orang lain kerana banyak menyimpan rahsia.
* Suka sukan, hiburan & melancong.
* Kurang menunjukkan perasaannya.
* Terluka hatinya sangat lama disimpan.
* Terlalu memilih pasangan.
* Sukakan benda yang luas.
* Bersistematik

hehe dari pengamatan maksu..kira banyak gak lah yang kena ngan maksu..(eh ye ke?? hehe) sangat bersopan santun tu..hehe xlarat i..

sangat terperinci..tu yg buat org nyampah tu..cerewet sgt..hahaha

tang melancong tu memang sah la. walaupun xpenah ke luar negeri. cuti sekolah yang lepas gi cameron highland. ade plak member yang sekepala..







suka sukan tu maksu mmg setuju. walaupun xpandai main dan kurang stamina tp semangat bersukan tu mmg subur di hati maksu. al maklum la nak kekal sehat la kata kan. time kokurikulum kat skolah, maksu selalu ambil kesempatan join main ngan murid2.

pandai mendorong diri sendiri...
ha tu sendiri mau ingat la maksu..sapa lagi yang lebih tahu tentang perasaan, harapan, cita2 dan selok belok diri kalu bukan diri kita sendiri. so bagi motivasi, ucap tahniah, marah, merajuk dan sebagainya pada diri sendiri. kalu tak, yang rugi pun diri sendiri jugak. ha lu pikir la sendiri nabil.

terlalu memilih pasangan??
wowoo aduhh tu maksu xtau nak huraikan cane. tapi kalu difikirkan mungkin jawapannya ya kot. haha memang lah pilih. pilih lelaki!!!! hahaha

hehe seronok gak kalu tau hal diiri sendiri ni. mane yang baik boleh la diteruskan. mana yang buruk harap dapat diinsafi. mudah mudahan...

No comments:

Post a Comment