Tuesday, February 17, 2009

hari2 kerjaku

assalamualaikum

seperti biasa sesudah solat subuh maksu akan berangkat ke sekolah. sementara menunggu enjin kereta panas, time tu la maksu meneguk cewahh secawan anlene hehe (tuk tulang yang sihat lah katakan..). jam 6.30pagi bermulalah stereng maksu menuju kesekolah. melalui jalan bandar seremban yang masih lengang.

jam 7.10 biasanya maksu dah sampai. lepas scan kad pintar, maksu terus ke meja dibilik guru, membuka buku rekod mengajar yang kadang kala belum habis disiapkan semalam. buku rekod mengajar ni lah sangat penting bagi seorang guru.

perancangan mengajar diteliti agar pengajaran dan pembelajaran dalam kelas nanti dapat disempurnakan. mulai dengan set induksi sebagai pengenalan kepada tajuk yang akan diajar pada hari itu. set induksi ni penting sebagai pembuka pemikiran murid2 agar lebih berminat dan bersedia dengan pelajaran seterusnya.

pastu siap ngan langkah 1..2..3..dan penutup pada pembelajaran. apa yang hendak dikatakan, dilakukan, aktiviti yang bersesuaian semuanya harus dirancang agar matlamat pengajaran hari tu tercapai. tak kurang juga menyediakan bahan seperti buku teks, buku kerja, buku tulis atau bahan seperti kad imbasan, carta dan gambar2 yang diperlukan bagi membantu melicinkan perjalanan dalam kelas nanti.



nilah rupa buku rekod mengajar maksu..penting nih

selepas segalanya maksu dah pastikan..maksu akan terus ke tapak perhimpunan. menyertai perhimpunan murid2 menyanyikan lagu patriotik serta penyampaian makluman dari guru2. kemudian murid2 akan masuk ke kelas dan pengajaran dimulakan.

begitulah keadaannya di sekolah. tidak jauh beza sewaktu maksu bergelar seorang murid 20tahun yang lalu.. banyak yang dapat mengimbas kenangan2 masa sekolah dulu. terutama melihat di luar pagar sekolah.

kelihatan bapa2 biasanya menurunkan anak2 mereka di pagar itu. maksu terkenang, begitulah maksu ketika abah menghantar maksu dulu. turun dari motor, salam tangan, cium tangan, abah akan mengucup dahi maksu dan tangannya akan mengemas2 rambut maksu. (hehe sekolah rendah dulu xpakai tudung lagi...) pastu abah akan bagi duit belanja. hehe bestnye dapat duit masa tu..

"belajar rajin2!"

ha tu kata2 abah!! time tu mesti jawapannya "yelah" hehe

No comments:

Post a Comment