
- Mahir dalam ilmu permotoran. Pandai mencipta enjin
- Mahir dalam pembuatan getah, aliminium, kain dan plastik
- Mahir tentang keupayaan air dan minyak
- Mahir dalam selok belok sistem cahaya, bunyi dan udara
- Kreatif kerana berjaya menggabungkan semua unsur tadi
- Progresif kerana berjaya menghasilkan kenderaan yang boleh bergerak
- Dan macam2 lagi lah
Itu lah kita melihat Pak Abu..Pencipta yang hebat
Maka bagaimana pula kita melihat kepada Pencipta alam ini. apa yang ada dilangit dan bumi. Dari awan yang sangat nipis kepada bumi yang sangat tebal. dari apa yang terlihat oleh mata kasar hingga apa yang dilihat oleh mikroskop. dari yang dilihat didepan mata hingga jauh ke atas angkasa dan jauh ke dalam dasar laut.
maka tentunya Allah lah Pencipta Yang Maha Hebat.

ini pula mesin basuh. Pencipta mesin basuh ini telah membekalkan satu manual tuk kita. dalam manual tu dimaklumkan bagaimana menggunakan mesin basuh ini dan juga disenaraikankan perkara2 yang tidak boleh dilakukan ke atas mesin ini.
cara2 menggunakan mesin basuh:
- letak ditempat yang rata
- perlu kepada aliran elektrik yang mencukupi
- menyukat air sesuai dengan kadar pakaian
perkara yang tidak boleh dilakukan
- hanya digunakan utk membasuh pakaian, bukan pinggan mangkuk atau lain2
- memasukkan tangan kedalam ketika mesin sedang berfungsi
- dan macam2 lagi
aduh mengapa pencipta mesin basuh ini sibuk menyenaraikan apa yang boleh dan tidak boleh dilakukan??
ha kerana pencipta lebih tahu tentang barang ciptaannya.. dia adalah pemilik barang ciptaannya. dia lebih tahu bagaimana memastikan mesin berfungsi dengan baik dan dia juga tahu perkara2 yang tidak boleh dilakukan kerana akan menyebabkan mesin rosak dan tidak berfungsi..kerana itu dia mencipta manual sebagai panduan dan rujukan.
Maka siapakah Pencipta alam ini?
Siapakah yang mencipta kita?
Allah.
Maka Allah lebih tahu semua tentang kita. kerana itu Allah membekalkan satu manual iaitu Al-Quran yang sangat baik tuk kita. didalamnya diberitahu tentang hukum dan undang2 yang perlu kita patuhi agar kita dapat berfungsi dengan baik dan tidak rosak..
Waallahu 'alam
No comments:
Post a Comment