alhamdulillah
hari ni cuti sempena sambutan isra' & mikraj. maksu dok saje kat umah. xkemana2 (suami keja huhu) so dapat la maksu luangkan masa melayari blog maksu ni. semangat tuk menulis berkongsi cita dan rasa ni sentiasa mekar dihati maksu.
bila dok sorang2 ni..buat maksu berfikir dan merenung kembali, sambil membaca kembali entry2 yg lepas. satu perkara yg menyentuh hati maksu kala ini..kalu korang dah baca entry maksu ttg azam tahun baru 2009 maksu.
kat dalam entry tu maksu menyenaraikan 5 azam tuk tahun 2009. subhanallah tersentuh hati maksu bila membaca nya kembali. 1st azam maksu nak kekal sihat. pastu nak persona baru. pastu nak tunaikan umrah. pastu..ehem2 nak kawen. pastu yg last nak terus menulis..
subhanallah, alhamdulillah ternyata kesemua azam tersebut telah tertunai..
tuk kekal sihat..alhamdulillah. maksu masih sehat hehe walaupun dah tambah kg ni haha. persona, dah parking cantik depan umah maksu (hehe walaupun dah comot). umrah, alhamdulillah dah selamat pergi dan kembali. kawen, alhamdulillah dah 3minggu berlansung. menulis, mmm ni tgh la ni..
maka tajuk entry maksu kali ni ialah, tahun 2009 adalah tahun penuh rahmat & nikmat. alhamdulillah . Wahai Allah aku bersyukur atas kurniaanMu
"maka nikmat Allah manakah yg kamu dustakan"
Ya Allah, aku memohon agar aku sentiasa bersyukur atas nikmatMu. mudah mudahan segala nikmatMu ini akan menambah taat dan patuhku padaMu. Jangan sampai nikmat ini mengundang murkaMu padaku. Jadikan lah aku hambaMu yg sentiasa bersyukur. segalanya datang dari Allah. Allah lah yg memberi kepada hambaNya. maka Allah juga yg berhak tuk mengambilnya semula. Jika sampai satu masa Allah inginkan haknya semula, mudah2an maksu rela melepaskannya. segalanya milik Allah.
Nikmat adalah amanah, segalanya nanti akan menjadi tanggungjawab yg akan dipersoalkan di akhirat kelak. ilmu, harta, sihat, masa akan menjadi modal pelaburan yg menguntungkan jika dibelanjakan sebaiknya. tapi akan menjadi siksa jika disalahgunakan.
Wahai Allah aku memohon perlindungan dari sifat riak, sombong, hasad dengki, kufur nikmat dan segala mazmumah. mudah mudahan nikmat ini satu kemudahan yg akan mempercepatkan langkah kami ke syurgaMU..amin..
Monday, July 20, 2009
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Alhamdulillahirabbil a'lamin. terlalu baiknya Allah.sesiapa yang menjaga haq Allah,Allah akan jaga haqNya.maha benarlah janji Allah
ReplyDelete