Wednesday, December 31, 2008

belaian jiwa

SEGENGGAM TABAH-IN TEAM


Bertali arus dugaan tiba
Menakung sebak airmata
Namun tak pernah pun setitis
Gugur berderai di pipi

Tidak ditempah hidup sengsara
Suratan nasib yang melanda
Menongkah badai bergelora
Diredah bersendirian

Bagaikan camar pulang senja
Patah sayapnya tetap terbang jua
Sekadar secicip rezeki
Buat yang sedang rindu menanti

Segenggam tabah dipertahankan
Buat bekalan di perjalanan
Kau bebat luka yang berdarah
Kau balut hati yang calar

Telah tertulis suratan nasibmu
Derita buatmu ada hikmahnya
Terlukis senyum di bibir lesu
Tak siapa tahu hatimu

Biarpun keruh air di hulu
Mungkinkah jernih di muara
Biarpun jenuh hidup dipalu
Pasti bertemu tenangnya

azam tahun baru

tahun baru..harapan baru..azam baru...

hehe selamat tahun baru..2009
sedar tak sedar dah masuk tahun baru. best juga awal tahun kita tetapkan azam mudah mudahan menjadi pedoman dan cita2 tuk tahun baru ni.

maksu pun dah ada azam tahun 2009 ni...banyak gak. (boleh capai ke...hehe)

pertama: nak kekal sihat, Insya Allah

maklum la umur pun dah meningkat. kena la berhati2 dari sekarang. nak jaga makan. jangan asyik nak maaaakan je. senaman...ni payah sket. sbb kat taman perumahan ni byk anjing berkeliaran. takut gak..kang kena koja lak.

kedua: nak pakai keta baru. (ni foward azam 2008)

hajat di hati gitu la sbb kancil maksu dah umur 7tahun. maksu dah risau gak. bukan reti nak buat pe kalu die meragam. mudah mudahan persona baru ni akan melancarkan perjalanan agar lebih mudah bergerak dan lebih memberi khidmat pada maksu dan org lain. utk kancil, terima kasih atas jasamu selama ini, terima kasih kerana kau sudi menemani..dok ngan org lain ok.

ketiga: nak byk kan doa agar dpt jodoh...hehe

malu lak maksu nak ckp..

"Ya Tuhan kami, tuangkanlah kesabaran atas diri kami, dan kokohkanlah pendirian kami" Al Baqarah:250

"Dan orang-orang yang tidak mampu kawin hendaklah menjaga kesucian (diri)nya, sehingga Allah memampukan mereka dengan karunia-Nya". An Nuur:33

keempat: nak menunaikan umrah (ni hajat mak)

mak maksu cadang nak bawak maksu sama2 tunaikan umrah dalam tahun ni. insya Allah mudah mudahan hajat ni dapat ditunaikan. hati ni dah rasa nak sangat. agar lebih mendekatkan diri pada Yang Maha Kuasa. biar jd baik sikit..hehe

kelima: nak menulis

i love writing. tp xtau nak tulis apa. sbb tu ade blog ni, boleh la nak mengasah bakat menulis ni. maksu selalu baca web EN FAUZUL NA'IM ISHAK, Mentor Utama Akademi Penulis. die kata, kebanyakan manusia ni 'kedekut' tuk berkongsi ilmu atau cerita ngan org lain. hehe insya Allah mulai tahun ni maksu nak kongsi ngan pengunjung blog maksu. nanti ada kekuatan, nak menulis buku lak..hehe

ok tu je la kut azam tahun baru ni. mudah mudahan jadi panduan dalam meniti hari2 yang mendatang. Ya Allah berkati lah umurku..agar aku banyak berbakti padaMu. Kuatkan hati ku menghadapi cabaran yang sedang dan akan datang yang telah Kau tetapkan untukku. Mudah mudahan aku berjaya dengan ujianMu..


Tuesday, December 30, 2008

JOM NYANYI

jiwa pendidik-maksu


Tuesday, December 23, 2008

wish for u and me

Islamic Greeting Card by Alhabib. Visit al-habib.tripod.com for more greeting cards like this!

Saturday, December 20, 2008

UBAT DIET MUJARAB


Alkisah ada seorang raja yang sangat gemuk. Baginda mahu menjadi kurus. Maka dicanang sekelian rakyat agar mencari tabib bagi merawat ataupun mencadangkan diet harian bagi mencapai hasrat tuanku. Maka beraturlah tabib2 merawat sang raja kerana akan diupah dengan bayaran yg lumayan. Namun tiada siapa yg berhasil.


Tabib yg terakhir merenung mata sang raja jauh kedalam. Dengan perlahan tabib bersuara...

"Tuanku, pada pengamatan patik, tuanku hanya akan hidup 30hari sahaja lagi"


Maka berubahlah air muka sang raja. Lantas berlari ke kamar dan menangis sekuat hati mengenangkan nasib diri yang akan mati 30hari lagi. Maka sejak itu sang raja asyik temenung, menangis, tidak mahu makan dan tidak tentu tidurnya.


Lama kelamaan badan tuanku semakin susut..kurus..slim...ramping...ape lagi...


Maka tabib itu dipanggil lagi..

"Beta hanya ada 2hari sahaja lagi, kabarkan beta apa sepatutnya yang beta lakukan..."


Dengan perlahan, tabib menjawab...

"Maafkan patik tuanku...hanya inilah sahaja cara utk menjadikan tuanku kurus..."


benarlah...

mengingati mati adalah ubat diet yang paling mujarab utk kurus.

amacam?

ada berani?


Wednesday, December 10, 2008

Nabi Ibrahim, Nabi Ismail a.s

Aidil Adha...Hari Raya korban...Hari Raya Haji...

Apa pun namanye, ade peristiwa disebalik nama. Kenapa aidil adha xpasti la maksu nape. tapi hari raya haji mmg sempena ibadah haji dan hari raya korban sempena ibadah korban binatang juga mengenang peristiwa Nabi Ibrahim dan Nabi Ismail a.s

mungkin tahap iman umat terakhir mengorbankan binatang sebagai tanda pengorbanan. Namun tidak dapat menandingi iman Nabi Ibrahim dan Nabi Ismail a.s yang sanggup mengorbankan jiwa dan nyawa sendiri demi melaksanakan perintah Allah.

Pasti kita membaca sirah nabi ini. Perintah mengorbankan Ismail diperolehi dari mimpi Ibrahim. Namun Ibrahim sedar, mimpi seorang nabi bukanlah mimpi biasa. Lantas segera diberitahu kepada Ismail.

Aduh..alangkah sukarnya menyembelih anak sendiri di hadapan mata. sedangkan anak ini lah yang didoakan kelahirannya sekian lama oleh Ibrahim. Ibrahim bukan calang2 ayah. bagaimana dia mendidik Ismail sehingga anak ini juga sedia disembelih oleh ayah sendiri.

Aduh ajaib sungguh keluarga nabi. Sedang Siti Hajar, ibu Ismail juga tidak kurang hebatnya. Ditinggalkan suami di tengah padang pasir sehingga peristiwa mencari air diabadikan dalam ibadah haji.

Benar lah ibubapa yang hebat akan melahirkan anak yang hebat. Wah bestnya.. Moga2 ini menjadi panduan kepada kawan2 yang kini mempunyai cahayamata. Selamat mendidik anak2.

maksu : hello...any ibrahim there? hehe

Tuesday, December 9, 2008

pendidik




kenapa nama 'jiwa pendidik' ??




mungkin ade yg tanya nape amik nama ni.. (maksu jawap la...walaupun xde yg tanye..hehe)


maksu mmg seorang pendidik. kerjaya sebagai seorang guru. walaupun baru sgt. bulan 7 baru je habis belajar kat maktab perguruan raja melewar, seremban. maksu guru j-qaf ambilan januari 2007. mmm baru je abis belajar. 20hb 11 2008 hari tu baru je bergraduat kat dewan sri siantan putrajaya.

tapi walaupun camtu..sebelum maksu keje kat sekolah kebangsaan ni, maksu mmg keje sementara jadi guru. xkesah la guru sandaran tidak terlatih, guru di sekolah swasta, guru ganti sampai la guru tadika. sume maksu dah rase. kiranye sume keje maksu adalah guru.maksu mmg xpenah keje lain. sume nye guru.

dek kerana itu lah maksu mencipta blog ni dgn nama tu. amacam? gempak tak? hehe bukan nak cari plublisiti murahan hehhe. lagi satu...maksu teringat sewaktu hayat abah maksu dulu. time dok lepak anak beranak. umur maksu masa tu dlm 7-8 tahun la. abah maksu tanya, nanti dah besa nak jadi apa?

wah tu soalan biasa pada budak2. time tu terus je maksu ckp nak jadi cikgu. wah abah maksu gembira je. dia kata, "jangan jadi cikgu kecik, jadi la cikgu besar" hehhee... suruh jadi guru besar la tu.. sampai sekarang ni la maksu dok teringat je. abah telah menyuntik semangat maksu tuk terus menggapai cita2 yg tinggi. i luv u bah.

sekarang tugas guru sgt mencabar. menghadap dunia yg semakin terbuka dan meluas. pendidikan menjadi asas segalanye. mmg patutnye begitu. walau apa pun semangat maksu xpenah padam. bahkan semakin membara..cewah

mendidik anak bangsa tu kan tanggung jawab semua org. generasi hari ini adalah penentu generasi akan dtg. sbb tu la maksu nak mendidik generasi hari ini mudah mudahan tempoh hayat yang diberikan ini lebih bermakna.

terima kasih buat guru2 maksu yg telah mendidik maksu dulu. nak disebutkan satu persatu mmg xingat. buat cikgu Abdul Halim Othman, Ustaz Zulkarnain, Ustaz Jamil, Ustaz Azhari, Cikgu Norciana, Ustaz Muhammad kat kg, Ustazah Zaharah, Puan Johara dan ramai lagi...aduhh xingat laa. teruk la maksu nii

terima kasih sume..sekarang ni saya pulak yang jadi cikgu!!

fitrah manusia


yup fitrah manusia..

tidak akan boleh seorang manusia itu duduk keseorangan tanpa teman.

sbb tu la maksu rase nak sgt layan blues kat blog ni..nak kongsi cite, luah perasaan selain memberi input2 hal kemanusiaan utk dikongsi bersama.


setiap hari2 yg berlalu pasti ade saje yg buat kita terfikir sesuatu. camtu la maksu rase. ade perkara boleh kita cerita kan kat org lain tapi ade kalanye nak feeling2 sendiri.


maksu rase blog ni cam diari. menceritakan hal kehidupan kita. apa yg kita rase, ape yg kita fikir segalanye lah.. best gak. zaman ni cam dah xbest nak tulis2 dlm diari. dulu penah2 gak buat camtu. tp taip dlm pc lg best kan. boleh kaler2, buat cantik2...hehe(walaupun xberapa cantik)


tp yg lebih penting utk simpanan diri sendiri. mudah mudahan satu hari nanti jadi pedoman dan pengajaran. lebih penting lagi utk kepuasan & keseronokan diri..


kepada penyunjung..jgn bosan dah laa

salam bahagia

assalamualaikum
hehe gembira rasa dapat mencipta blog sendiri. dah lama maksu mencari masa yg sesuai utk melayari blog ni. selalu baca org punyer je. kali ni boleh la maksu layan blues kat blog sendiri
pada pengunjung...selamat berkongsi