Wednesday, December 31, 2008

azam tahun baru

tahun baru..harapan baru..azam baru...

hehe selamat tahun baru..2009
sedar tak sedar dah masuk tahun baru. best juga awal tahun kita tetapkan azam mudah mudahan menjadi pedoman dan cita2 tuk tahun baru ni.

maksu pun dah ada azam tahun 2009 ni...banyak gak. (boleh capai ke...hehe)

pertama: nak kekal sihat, Insya Allah

maklum la umur pun dah meningkat. kena la berhati2 dari sekarang. nak jaga makan. jangan asyik nak maaaakan je. senaman...ni payah sket. sbb kat taman perumahan ni byk anjing berkeliaran. takut gak..kang kena koja lak.

kedua: nak pakai keta baru. (ni foward azam 2008)

hajat di hati gitu la sbb kancil maksu dah umur 7tahun. maksu dah risau gak. bukan reti nak buat pe kalu die meragam. mudah mudahan persona baru ni akan melancarkan perjalanan agar lebih mudah bergerak dan lebih memberi khidmat pada maksu dan org lain. utk kancil, terima kasih atas jasamu selama ini, terima kasih kerana kau sudi menemani..dok ngan org lain ok.

ketiga: nak byk kan doa agar dpt jodoh...hehe

malu lak maksu nak ckp..

"Ya Tuhan kami, tuangkanlah kesabaran atas diri kami, dan kokohkanlah pendirian kami" Al Baqarah:250

"Dan orang-orang yang tidak mampu kawin hendaklah menjaga kesucian (diri)nya, sehingga Allah memampukan mereka dengan karunia-Nya". An Nuur:33

keempat: nak menunaikan umrah (ni hajat mak)

mak maksu cadang nak bawak maksu sama2 tunaikan umrah dalam tahun ni. insya Allah mudah mudahan hajat ni dapat ditunaikan. hati ni dah rasa nak sangat. agar lebih mendekatkan diri pada Yang Maha Kuasa. biar jd baik sikit..hehe

kelima: nak menulis

i love writing. tp xtau nak tulis apa. sbb tu ade blog ni, boleh la nak mengasah bakat menulis ni. maksu selalu baca web EN FAUZUL NA'IM ISHAK, Mentor Utama Akademi Penulis. die kata, kebanyakan manusia ni 'kedekut' tuk berkongsi ilmu atau cerita ngan org lain. hehe insya Allah mulai tahun ni maksu nak kongsi ngan pengunjung blog maksu. nanti ada kekuatan, nak menulis buku lak..hehe

ok tu je la kut azam tahun baru ni. mudah mudahan jadi panduan dalam meniti hari2 yang mendatang. Ya Allah berkati lah umurku..agar aku banyak berbakti padaMu. Kuatkan hati ku menghadapi cabaran yang sedang dan akan datang yang telah Kau tetapkan untukku. Mudah mudahan aku berjaya dengan ujianMu..


No comments:

Post a Comment