Wednesday, December 10, 2008

Nabi Ibrahim, Nabi Ismail a.s

Aidil Adha...Hari Raya korban...Hari Raya Haji...

Apa pun namanye, ade peristiwa disebalik nama. Kenapa aidil adha xpasti la maksu nape. tapi hari raya haji mmg sempena ibadah haji dan hari raya korban sempena ibadah korban binatang juga mengenang peristiwa Nabi Ibrahim dan Nabi Ismail a.s

mungkin tahap iman umat terakhir mengorbankan binatang sebagai tanda pengorbanan. Namun tidak dapat menandingi iman Nabi Ibrahim dan Nabi Ismail a.s yang sanggup mengorbankan jiwa dan nyawa sendiri demi melaksanakan perintah Allah.

Pasti kita membaca sirah nabi ini. Perintah mengorbankan Ismail diperolehi dari mimpi Ibrahim. Namun Ibrahim sedar, mimpi seorang nabi bukanlah mimpi biasa. Lantas segera diberitahu kepada Ismail.

Aduh..alangkah sukarnya menyembelih anak sendiri di hadapan mata. sedangkan anak ini lah yang didoakan kelahirannya sekian lama oleh Ibrahim. Ibrahim bukan calang2 ayah. bagaimana dia mendidik Ismail sehingga anak ini juga sedia disembelih oleh ayah sendiri.

Aduh ajaib sungguh keluarga nabi. Sedang Siti Hajar, ibu Ismail juga tidak kurang hebatnya. Ditinggalkan suami di tengah padang pasir sehingga peristiwa mencari air diabadikan dalam ibadah haji.

Benar lah ibubapa yang hebat akan melahirkan anak yang hebat. Wah bestnya.. Moga2 ini menjadi panduan kepada kawan2 yang kini mempunyai cahayamata. Selamat mendidik anak2.

maksu : hello...any ibrahim there? hehe

No comments:

Post a Comment