
Alkisah ada seorang raja yang sangat gemuk. Baginda mahu menjadi kurus. Maka dicanang sekelian rakyat agar mencari tabib bagi merawat ataupun mencadangkan diet harian bagi mencapai hasrat tuanku. Maka beraturlah tabib2 merawat sang raja kerana akan diupah dengan bayaran yg lumayan. Namun tiada siapa yg berhasil.
Tabib yg terakhir merenung mata sang raja jauh kedalam. Dengan perlahan tabib bersuara...
"Tuanku, pada pengamatan patik, tuanku hanya akan hidup 30hari sahaja lagi"
Maka berubahlah air muka sang raja. Lantas berlari ke kamar dan menangis sekuat hati mengenangkan nasib diri yang akan mati 30hari lagi. Maka sejak itu sang raja asyik temenung, menangis, tidak mahu makan dan tidak tentu tidurnya.
Lama kelamaan badan tuanku semakin susut..kurus..slim...ramping...ape lagi...
Maka tabib itu dipanggil lagi..
"Beta hanya ada 2hari sahaja lagi, kabarkan beta apa sepatutnya yang beta lakukan..."
Dengan perlahan, tabib menjawab...
"Maafkan patik tuanku...hanya inilah sahaja cara utk menjadikan tuanku kurus..."
benarlah...
mengingati mati adalah ubat diet yang paling mujarab utk kurus.
amacam?
ada berani?
No comments:
Post a Comment