Tuesday, December 9, 2008

pendidik




kenapa nama 'jiwa pendidik' ??




mungkin ade yg tanya nape amik nama ni.. (maksu jawap la...walaupun xde yg tanye..hehe)


maksu mmg seorang pendidik. kerjaya sebagai seorang guru. walaupun baru sgt. bulan 7 baru je habis belajar kat maktab perguruan raja melewar, seremban. maksu guru j-qaf ambilan januari 2007. mmm baru je abis belajar. 20hb 11 2008 hari tu baru je bergraduat kat dewan sri siantan putrajaya.

tapi walaupun camtu..sebelum maksu keje kat sekolah kebangsaan ni, maksu mmg keje sementara jadi guru. xkesah la guru sandaran tidak terlatih, guru di sekolah swasta, guru ganti sampai la guru tadika. sume maksu dah rase. kiranye sume keje maksu adalah guru.maksu mmg xpenah keje lain. sume nye guru.

dek kerana itu lah maksu mencipta blog ni dgn nama tu. amacam? gempak tak? hehe bukan nak cari plublisiti murahan hehhe. lagi satu...maksu teringat sewaktu hayat abah maksu dulu. time dok lepak anak beranak. umur maksu masa tu dlm 7-8 tahun la. abah maksu tanya, nanti dah besa nak jadi apa?

wah tu soalan biasa pada budak2. time tu terus je maksu ckp nak jadi cikgu. wah abah maksu gembira je. dia kata, "jangan jadi cikgu kecik, jadi la cikgu besar" hehhee... suruh jadi guru besar la tu.. sampai sekarang ni la maksu dok teringat je. abah telah menyuntik semangat maksu tuk terus menggapai cita2 yg tinggi. i luv u bah.

sekarang tugas guru sgt mencabar. menghadap dunia yg semakin terbuka dan meluas. pendidikan menjadi asas segalanye. mmg patutnye begitu. walau apa pun semangat maksu xpenah padam. bahkan semakin membara..cewah

mendidik anak bangsa tu kan tanggung jawab semua org. generasi hari ini adalah penentu generasi akan dtg. sbb tu la maksu nak mendidik generasi hari ini mudah mudahan tempoh hayat yang diberikan ini lebih bermakna.

terima kasih buat guru2 maksu yg telah mendidik maksu dulu. nak disebutkan satu persatu mmg xingat. buat cikgu Abdul Halim Othman, Ustaz Zulkarnain, Ustaz Jamil, Ustaz Azhari, Cikgu Norciana, Ustaz Muhammad kat kg, Ustazah Zaharah, Puan Johara dan ramai lagi...aduhh xingat laa. teruk la maksu nii

terima kasih sume..sekarang ni saya pulak yang jadi cikgu!!

2 comments: