Monday, October 19, 2009

assalamualaikum

aduh lama benar maksu xbuka blog ni. ada ke yang menunggu? hehe entah la. pape pun ni merupakan satu kebahagiaan buat maksu dapat melayari internet ni. maklum la belum ada rezeki lagi nak beli broadband, so rindu sangat2 la maksu pada blog luahan jiwa maksu ni.

apa cerita selepas lama menghilang ni. lepas ramadhan menjelang syawal, sambut birthday maksu ke 31thn haha pastu maksu sibuk lak nak pindah rumah sewa kat mantin. mmm begitu lah..

tapi tu ar xdapat nak cite sbb online kat cc..
aduhh
Wahai Allah kurniakan lah rezeki nak beli broadband..

Wednesday, August 26, 2009

ikan dilaut asam didarat

assalamualaikumm
salam bahagia
salam ceria
salam 1 malaysia
hehe

lama dah maksu x sign in. rindu sangat. kehidupan sekarang banyak berulang dari kampung port dickson ke seremban ke lenggeng dan tambah lagi satu rumah di salak, apalagi rumah ibu mertuaku laa. sebab tu la maksu dah jarang online sebab pakai streamyx. pasni kena tuka broadband la senang bawa kemana mana...

sekarang dah bulan ramadhan. alhamdulillah kita berkesempatan berada dibulan yang mulia ini. mudah mudahan kita lebih menghargai ramadhan kali ini. pada maksu, ramadhan kali ini mengundang beberapa perkara besar dalam hidup maksu.

dulu sahur cukup dengan apa yg ada, apa yg sempat. buka terus je makan nasi. maksu mmg kurang minat makan makanan lain time berbuka sbb nanti kenyang sgt. tapi sekarang ni.. ada selera lain yg perlu maksu amik kira.

bangun lebih awal tuk siap hidangkan juadah sahur, time berbuka pun sama, moreh pun ada jugak..aduhh pening jugak maksu memikirkan menu setiap hari..tu ar time bujang xnak belajar masakkk!!!

apapun setelah masuk bulan ketiga usia perkahwinan, maksu belajar tuk bersyukur dan belajar tuk lebih menghargai. ibarat ikan di laut, asam di darat tentunya alam ikan dilaut sangat berbeza dengan alam asam di darat. kedua-dua entiti ini boleh bermuafakat di alam baru iaitu alam periuk.

mudah mudahan kisah ini membawa iktibar buat maksu dan isteri2 yang lain. bagi mereka yang belum merasakannya..pasti masanya akan tiba juga.

Nabi saw bersabda kepada puterinya, Fatimah Az-Zahra, “Kalau Allah menghendaki hai Fatimah, pasti batu penggiling itu akan berputar sendiri untukmu. Tetapi Allah menghendaki untuk mencatat kebaikan-kebaikan untuk dirimu dan menghapus keburukan-keburukanmu serta mengangkat darjatmu.

Hai Fatimah, setiap isteri yang membuatkan tepung untuk suami dan anak-anaknya, maka Allah mencatat baginya memperoleh kebajikan dari setiap biji yang tergiling, dan menghapus keburukannya serta meninggikan darjatnya.

Hai Fatimah, setiap isteri yang berkeringat di sisi alat penggilingnya kerana membuatkan bahan makanan untuk suaminya, maka Allah memisahkan antara dirinya dan neraka sejauh tujuh hasta.

Hai Fatimah, setiap isteri yang meminyaki rambut anak-anaknya dan menyisirkan rambut mereka dan mencucikan baju mereka, maka Allah mencatatkan untuknya memperoleh pahala seperti pahalaorang yang memberi makan seribu orang yang sedang kelaparan, dan seperti pahala orang yang memberi pakaian seribu orang yang tidak berpakaian.

Hai Fatimah, setiap isteri yang tidak menjaga tetangganya, maka Allah kelak akan mencegahnya (tidak memberi kesempatan baginya) untuk minum air dari telaga Kautsar pada hari kiamat.

Hai Fatimah, tetapi yang lebih utama dari itu ialah keredhaan suami terhadap isterinya. Sekiranya suamimu tidak meredhaimu, tentu maka aku tidak akan mendoakan dirimu.”“Bukankah engkau mengerti, Hai Fatimah, bahawa redha suami itu menjadi bagian dari redha Allah, dan kebencian suami merupakan bagian dari kebencian Allah.”

Hai Fatimah, manakala seorang isteri mengandung, maka para malaikat memohon ampun untuknya, dan setiap hari dirinya dicatat memperoleh seribu kebajikan dan seribu keburukannya dihapus. Apabila sampai rasa sakit menjelang waktu melahirkan, maka Allah mencatatkan untuknya memperoleh pahala seperti pahala orang-orang yang berjihad di jalan Allah. Apabila telah melahirkan,dirinya terbebas dari segala dosa seperti keadaannya setelah dilahirkan ibunya.”

Hai Fatimah, setiap isteri yang melayani suaminya dengan niat yang benar, maka dirinya terbebas dari dosa-dosanya seperti pada hari dirinya dilahirkan ibunya. Ia tidak keluar dari dunia (yakni mati) kecuali tanpa membawa dosa. Ia menjumpai kuburnya sebagai pertamanan surga. Allah memberinya pahala seperti seribu orang yang berhaji dan berumrah, dan seribu malaikat memohonkankeampunan untuknya hingga kiamat.”

“Setiap isteri yang melayani suaminya sepanjang hari dan malam hari disertai hati yang baik, ikhlas dan niat yang benar, maka Allah mengampuni dosanya. Pada hari kiamat kelak dirinya diberi pakaian berwarna hijau, dan dicatatkan untuknya pada setiap rambut yang ada ditubuhnya dengan seribu kebajikan, dan Allah memberi pahala kepadanya sebanyak seratus pahala orang yang mengerjakan haji dan umrah.”

Hai Fatimah, setiap isteri yang tersenyum manis di muka suaminya, maka Allah memperhatikannya dengan penuh rahmat.”Hai Fatimah, setiap isteri yang menyediakan diri untuk tidur bersama suaminya dengan sepenuh hati, maka ada seruan yang ditujukan kepadanya dari langit, `Hai Wanita, maka hadapkanlah dengan membawa amalmu. Sesungguhnya Allah telah mengampunidosa-dosamu yang berlalu dan yang akan datang.”

Hai Fatimah, setiap isteri yang menyapu minyak rambut suaminya dan juga menghiaskan janggut, kumis dan memotong kuku-kukunya, maka Allah kelak memberi minum kepadanya dari rahiqim makhtum dan dari sungai yang ada di syurga.

Bahkan Allah kelak akan meringankan beban sakaratul maut. Kelak dirinya akan menjumpai kuburnya bagaikan taman surga. Allah mencatatkan dirinya terbebas dari neraka dan mudah untuk melalui titian sirath.

Monday, July 20, 2009

tahun penuh rahmat & nikmat

alhamdulillah

hari ni cuti sempena sambutan isra' & mikraj. maksu dok saje kat umah. xkemana2 (suami keja huhu) so dapat la maksu luangkan masa melayari blog maksu ni. semangat tuk menulis berkongsi cita dan rasa ni sentiasa mekar dihati maksu.

bila dok sorang2 ni..buat maksu berfikir dan merenung kembali, sambil membaca kembali entry2 yg lepas. satu perkara yg menyentuh hati maksu kala ini..kalu korang dah baca entry maksu ttg azam tahun baru 2009 maksu.

kat dalam entry tu maksu menyenaraikan 5 azam tuk tahun 2009. subhanallah tersentuh hati maksu bila membaca nya kembali. 1st azam maksu nak kekal sihat. pastu nak persona baru. pastu nak tunaikan umrah. pastu..ehem2 nak kawen. pastu yg last nak terus menulis..

subhanallah, alhamdulillah ternyata kesemua azam tersebut telah tertunai..

tuk kekal sihat..alhamdulillah. maksu masih sehat hehe walaupun dah tambah kg ni haha. persona, dah parking cantik depan umah maksu (hehe walaupun dah comot). umrah, alhamdulillah dah selamat pergi dan kembali. kawen, alhamdulillah dah 3minggu berlansung. menulis, mmm ni tgh la ni..

maka tajuk entry maksu kali ni ialah, tahun 2009 adalah tahun penuh rahmat & nikmat. alhamdulillah . Wahai Allah aku bersyukur atas kurniaanMu

"maka nikmat Allah manakah yg kamu dustakan"

Ya Allah, aku memohon agar aku sentiasa bersyukur atas nikmatMu. mudah mudahan segala nikmatMu ini akan menambah taat dan patuhku padaMu. Jangan sampai nikmat ini mengundang murkaMu padaku. Jadikan lah aku hambaMu yg sentiasa bersyukur. segalanya datang dari Allah. Allah lah yg memberi kepada hambaNya. maka Allah juga yg berhak tuk mengambilnya semula. Jika sampai satu masa Allah inginkan haknya semula, mudah2an maksu rela melepaskannya. segalanya milik Allah.

Nikmat adalah amanah, segalanya nanti akan menjadi tanggungjawab yg akan dipersoalkan di akhirat kelak. ilmu, harta, sihat, masa akan menjadi modal pelaburan yg menguntungkan jika dibelanjakan sebaiknya. tapi akan menjadi siksa jika disalahgunakan.

Wahai Allah aku memohon perlindungan dari sifat riak, sombong, hasad dengki, kufur nikmat dan segala mazmumah. mudah mudahan nikmat ini satu kemudahan yg akan mempercepatkan langkah kami ke syurgaMU..amin..

Tuesday, July 7, 2009

welcome to my life

assalamualaikum

alhamdulillah maksu kini telah mengakhiri zaman bujang 27 june 2009 yg lalu. atas doa yg maksu panjatkan kepada Allah, maka alhamdulillah inilah jodoh yg Allah berikan pada maksu.

tima kasih pada kawan2 yg sudi meraikan majlis maksu, terharu kerana sanggup datang dari jauh..

kehidupan sekarang sangat berbeza dengan kehidupan bujang. itulah yg maksu rasakan. mudah2an tanggungjawab ini dikira nilai ibadah disisi Allah.

buat suami, welcome to my life. mudah2an Allah membimbing kita dalam melayari kehidupan berumahtangga.


langkah bermula part 2

bertemu kembali..
tak sabar2 maksu nak sambung kembali rencana maksu gi umrah ni. namun ada urusan yang lebih diutamakan..(nanti maksu cite ok) so tepaksa la pause jap. so alhamdulillah hari ni free maksu buka kembali catatan umrah maksu.

perjalanan pagi isnin 1 jun 2009 menuju ke mekah. meredah padang pasir merangkap highway mmg jauh benar bezanya dengan malaysia. cane la dorang boleh duduk kat tgh2 panas camni. bas yg ada air cond ni pun terasa bahangnya..

dalam hati maksu benar2 tersentuh apabila Allah mengizinkan maksu sampai ke Mekah ini. menyedari amal soleh yg tidak seberapa serta beban dosa diri sendiri, namun Allah tetap bersetuju membawa maksu sampai ke sini. inilah nikmat yg sangat2 maksu hargai.. selangkah kita kepada Allah, seribu langkah Allah akan dekat pada kita..

dalam bas, kami bertalbiyah.. kami datang wahai Allah..kami datang kepadaMu.. bertekad utk tidak akan melakukan syirik kepadaMu. bersyukur atas nikmatMu yg tidak terhingga dan Kau lah Pemilik Agung keatas kami..

Alhamdulilah kami sampai kepadaMu




berada dalam Masjidil Haram adalah satu yg sukar tuk dilafazkan dgn kata2. melihat sendiri Kaabah didepan mata terasa sangat syahdu sehingga menitiskan air mata. tidak dapat dipastikan perasaan mana yg lebih tepat tuk digambarkan pada ketika itu.

gembira?
ya sbb inilah dia rumah yg disucikan Allah, maka maksu berada dihadapannya

sedih?
ya juga sbb merasa diri sgt2 kerdil tuk mendapat nikmat Allah ini

sayu?
ya juga sbb mengenang sejarah Rasulullah dan Nabi2 terdahulu

insaf?
ya juga sbb melihat lautan manusia mengelilingi kaabah seolah2 melihat mayat2 manusia yg memakai kain kafan.
terharu?
ya sbb Allah menerima kedatangan maksu tuk berada di tempat yg suci ini.
tak tahu maksu bagaimana nak melafazkan..
Namun segala puji dan syukur hanya tuk Allah atas undangan ini..




di Mekah kami dibawa ke ladang unta, jabal Thur, Jabal Rahmah, Jabal Nur serta tempat2 ibadah haji. segalanya sangat tersentuh apabila kita menghayati sirah nya.. bayangkan inilah tempat yang dipilih Allah tuk menerima amanah alam ini..

seterusnya bermula lah ibadah umrah kami. bermula dengan niat umrah di miqat, melakukan tawaf 7kali pusingan kaabah, melakukan saie iaitu berjalan dari Safa ke Marwah dan bergunting. ibadah ini penuh dengan sirah yg sgt bermakna. alhamdulillah, kami dapat melaksanakannya. Wahai Allah termalah amal kami ini..

wahai Allah..ampuni dosa kami. ampuni kami atas kelalaian dan kebodohan kami kerana meringan2kan ajaranMu. telah jelas dimata kami, telah berada difikiran kami maka bantulah kami tuk terus mentaatiMu, mematuhi ajaranMu, berada bersama2 hambaMu yg soleh yg Kau beri rahmat dan nikmat. tolong kami Ya Allah mudah2an kami beroleh kasih sayangMu..

hari terakhir kami singgah di Jeddah, masjid terapung dan Laut Merah. kemudian sampai ke airport tuk pulang ke Malaysia..perasaan? rasa cam xnak balik...
pada kawan2 maksu sarankan agar bertekad tuk sampai ke sini. coretan maksu ini masih belum menggambarkan perasaan maksu yang sebenar. maka, tuk lebih merasainya, segeralah sampai ke sana...








Monday, June 22, 2009

langkah bermula

alhamdulillah



Jumaat, 29 MEI 2009 seperti yg dirancang, kami sampai ke KLIA tuk penerbangan SAUDI ARABIA ke MADINAH jam 1.30tengahari. dengan mak dan along, kami melambai pd keluarga yg menghantar. sedih jugak meninggalkan mereka. tapi perasaan?? berdebar2 dan x sabar2 tuk melakukan perjalanan ini.

pertama kali dalam hidup maksu naik kapal terbang dengan perjalanan yg memakan masa 8jam. mula2 gayat dan kecut perutt jugak..hehe tapi subhanallah melihat lautan awan yg membentuk..



sampai madinah jam 4.30 petang. kalu jam di malaysia dah 9.30malam. aduh mesti korang dah nak tido time tuh. tp kami kat sana masih siang lg...aduh..waktu siang lebih lama dari malam..

alhamdulillah sampai ke bumi anbiya', bumi yg bersejarah, penuh barakah..



30mei 2009
di madinah, jam 3pg dah bangun, siap2 tuk ke masjid. walaupun tido sekejap je, tp tetap rasa puas, perasaan rasa gembira tuk solat dalam Masjid Nabawi. inilah barokahnya..sehingga jalan yg sesak terasa lapang, badan yg letih terasa ringan, hati gembira kerana inilah jalan yg pernah dilalui oleh Rasulullah..

Hari pertama ialah menziarahi maqam Rasulullah. Ya Allah..tidak tahu bagaimana rasa gembira dan terharu kerana dapat menziarahimu Rasulullah. walaupun kami tidak pernah berjumpa denganmu, namun kami masih terasa kasih sayangmu kepada kami.. mudah mudahan kami dapat bersamamu di syurga nanti..Ya Allah izinkan kami bersama dengan kekasihMu..

bersebelahan adalah maqam Saidina Abu Bakar dan Umar. mengenang kembali sirah mereka. perjuangan, pengorbanan mmg xdapat dinafikan. tapi maksu terharu dengan kasih sayang mereka terhadap Rasulullah. mmg sepatutnya mereka mendapat tempat yg istimewa di sisi Allah dan dihati Rasulullah.

kemudian maksu menziarahi 'RAUDHAH'. satu tempat dalam masjid nabawi yg dikatakan oleh Rasulullah bahawa disitu taman syurga. maka berasak2 lah jemaah wanita kerana masa yg dihadkan. alhamdulillah..mudah2an Allah menerima dan meredhai kita tuk berada di syurgaNya kelak.

Hari ke2 di Madinah, kami bergerak ke masjid Quba', masjid pertama didirikan oleh Rasulullah ketika hijrah. pastu gi Jabal Uhud, mengenang peristiwa perang ke2 islam. menziarahi kubur2 para syuhada' yg terkorban ketika perang uhud dulu termasuk la saidina hamzah. pastu kami gi pasar kurma. borong habis la tuk jd bekalan balik nanti.






hari ke 3 di madinah, hari ni last day sbb nak gi Mekah pasni. sgt sedih gak meninggalkan Rasulullah dan bumi Madinah ni. kami mengucapkan salam perpisahan kpd Rasulullah bagi meneruskan perjalanan ke Mekah. mudah2an kami sampai tuk menziarahimu lagi wahai kekasih Allah..


begitulah ceritanya...nanti maksu sambung lagi ok..insyaallah
( dah ngantukk) hehe


aduh rindunya..

assalamualaikum

bersua kembali kita di ruangan ini. atas pelbagai kesibukan dan rintangan maka sudah lama maksu tak menjenguk ke blog ini. tima kasih pada yg sudi menanti hehe

alhamdulillah maksu selamat kembali ke tanah air. ikuti rencana maksu ( cewahh ) pada post istimewa nanti. pastu laptop ni plak buat hal maka bertambah tebal lah rindu maksu tuk menulis dan meluahkan jiwang maksu ke blog ini.

Wednesday, April 22, 2009

ziarah Baitullah dan Habibullah

alhamdulillah

dengan rasa syukur yang amat sangat.. maksu menyatakan bahwa ziarah Baitullah dan Habibullah akan dilaksanakan seperti yang dirancang. Maha Suci Allah yang merancang segalanya dengan sebaik2 nya..

seperti tidak disangka2, masalah yg menimpa itu telah Allah selesaikan dengan begitu hebat sekali. tidak terlintas bahawa perjalanan ini akan menduduki kedudukan teratas mengatasi segala perancangan manusia.

hebat sekali ayat Allah, bahawa sesiapa yang bertawakal maka Allah akan membuka jalan kebaikan yang tidak disangka2nya. benar sungguh ayat itu..Alhamdulillah dan tahniah tuk along dan mak yang pasti tidak jemu2 memanjatkan doa agar perjalanan ini diteruskan.

InsyaAllah panggilan dan jemputan Allah ini tidak akan dipersia2kan. mohon doa dari sahabat agar kami dapat melaksanakan tuntutan ibadah ini sebaiknya. mohon doa agar selamat dan aman dalam perjalanan.

terlintas juga dihati, andai maut yang menjemput maksu..maka maksu amat berharap agar di akhir nafas itu, maksu telah bertaubat..Perkenankanlah doa ini Ya Allah

sekarang maksu mula membaca buku panduan umrah dan ziarah..paling terharu..ketika membaca doa menziarahi maqam Rasulullah..

Wahai RasulullahHabibullah ..dengan izin Allah aku akan sampai ke maqammu...Masyaallah atas hadis yg kau lafazkan bahawa...

'Siapa yang menziarahi kuburku patutlah ia mendapat syafaatku'

Hati mana yg tidak tersentuh dengan lafaz ini..disaat suatu masa nanti, tiada apa yang dapat menyelamatkan kami dari azab dan siksa atas dosa dan derhaka kami melainkan kurniaan syafaat darimu wahai Rasulullah...

Wahai Rasulullah Habibullah..izinkan cinta ini bertapak teguh dihatiku..agar aku tetap mencintaimu sesuai dengan rasa cintamu terhadap kami. agar kami tetap menghargai jasa dan pengorbananmu sehingga kami mengenal agama kami ini.

Wahai Rasulullah..izinkan aku mendapat kurniaan syafaatmu nanti...

yuhuuu

assalamualaikum

yuhuuu..
lama dah maksu xmasuk kat blog ni. hehe
ada juga kawan2 yg bertanya, baru lah maksu tau rupa2 nya ade juga yg sudi menjengah ke blog maksu ni. hehe ingatkan maksu dok cakap sorang2 je kat sini..

maksu saje je buat camtu..maklumlah, bila dah xde barulah kita terasa kehilangan. kalu selama ni xkesah sangat.. hehe

bila ku sedari..
diri disayangi..
langkah kaki ini..
semakin berani..

hehe tu lagu ukays dulu2..

Friday, March 13, 2009

cuti sekolah bermula

mmm pengubat rindu time cuti ni..


Tuesday, March 10, 2009

sadis..

sadiss..

aduhh.. tu lah yg maksu rasakan sekarang nih. mana taknya..hasrat menunaikan umrah tergendala. along ada problem plak. xleh nak pegi time yg dijanjikan..

aduhh..
sedihnya maksu..sedihnya..

sekarang ni maksu ngan mak tgh fikir2..renung2.. cane nak settle kan masalah. kami masih berharap agar hajat ini dapat ditunaikan..jauh di hati ini meronta2 tuk melangkah ke sana. namun adakah maksu harus pasrah dan berbisik kepada hati ini bahawa..

'masih belum ada rezeki lagi..'

aduh sedihnya..kerana yg punya rintangan adalah along. bukan maksu or mak. kalu masalah maksu mungkin maksu akan pasrah jugak.. time cuti sekolah 2minggu ni la nak pegi. cuti seminggu bulan 3 and 8 xsempat lak. kalu bulan 12 xleh sbb tuk org haji je. so maksu ada bulan 6 ni je. kalu x, tunggu tahun depan lagi...

aduh..
apa2 pun maksu masih berdoa dan berharap sangat2 agar Allah memberi ruang perjalanan ini kepada maksu.

Ya Allah izinkan aku tuk sampai ke Baitullah, menziarahi NabiMu dan melaksanakan ibadah ini sebaiknya..Izinkan aku Ya Allah.. perkenankanlah doaku ini..






Monday, March 9, 2009

Maafkan kami Wahai Rasulullah..

Ini adalah kisah titisan air mata insan mulia. Air mata itu adalah milik Abu Bakar radiallahu anhu. Di gua Tsur yang sangat gelap, yang menjadi tempat persinggahan dan persembunyian saat penghijrahan Rasulullah dan Abu Bakar. Rasulullah baring di atas tanah dan kepalanya berbantalkan peha Abu Bakar. Kemudian keluar seekor ular dari salah satu lubang di dalam gua itu. Tanpa berlengah, Abu Bakar menutup lubang itu dengan kakinya.

Maka berlinanglah air mata insan mulia ini menahan sakit bisa sang ular. Namun Abu Bakar tetap bertahan sekuat tenaga agar kakinya tetap tidak bergerak kerana bimbang mengejutkan Rasulullah yang sedang tidur. Air mata itu tidak dapat di tahan lagi hingga menitis jatuh ke pipi Rasulullah. Rasulullah terjaga dan terkejut. Dengan pantas Abu Bakar memohon maaf kerana mengejutkan Rasulullah.

Inilah bukti cinta Abu Bakar terhadap Rasulullah sehingga melakukan pengorbanan sedemikian rupa. Bukan kerana pangkat atau harta Rasulullah. Tetapi kerana Rasulullah adalah insan agung pilihan Allah.

Begitu juga dengan kisah Zaid bin Harithah ketika ditangkap dan diancam bunuh oleh musyrikin. Zaid ditanya, “Wahai Zaid, mahukah kamu jika Muhammad mengggantikan tempatmu sekarang ini?”. Maka segera Zaid menjawab, “Demi Allah, aku tidak rela Muhammad menggantikan aku, walaupun hanya ditusuk duri sekalipun”.

Maafkan kami wahai Rasulullah…
Kami rasa terpukul dengan pengorbanan yang dilakukan oleh Sahabatmu. Kami kagum kerana itu adalah natijah dari rasa cinta yang mendalam kepadamu. Sehingga kami merasa malu kerana kami tidak pasti apakah kami akan sedia berkorban untukmu andai kami berada di tempat mereka.

Wahai Rasulullah, ada insan yang begitu berani menodai kehormatan dan kemuliaanmu. Pernah kartunis Denmark menyatakan penghinaan kepadamu. Perasaan marah kami membara, kami tidak membenarkan Rasulullah dihina!.

Namun Rasulullah… tidak dapat kami bayangkan andainya Rasulullah muncul di saat ini menyaksikan kehidupan kami. Pasti Rasulullah merasa sangat sedih dengan cara kehidupan kami saat ini. Sunnahmu sangat jarang kami lakukan. Maka apakah tanda rasa cinta kami kepadamu? Maafkan kami atas kelalaian kami. Apakah rasa cinta kami hanya dibibir kami sahaja namun tidak terlaksana dalam amalan hidup kami.

Maafkan kami wahai Rasulullah..
Permohonan maaf ini tertanam dihati kami agar kami kembali mengingati dan menyanjungimu. Agar hati kami dekat dengan insan mulia sepertimu. Agar kami lebih mengenalimu, mencintaimu, mengikutimu dan membelamu. Mudah mudahan kebaikan dan jasamu menjadi contoh dalam kehidupan kami sehari hari.

Thursday, March 5, 2009

pasport

alhamdulillah

sedikit persediaan telah selesai. maksu baru je amik pasport siang tadi. ambik gamba and yang paling best gi beli beg besar. huh semangat tul nak gi umrah nih.




tu la rupa beg maksu nak berangkat umrah ni. kira ok la tuh. muat la keperluan tuk 2 minggu merantau. pastu tadi gi la tempah baju 2helai tuk dibawa bersama. mak maksu la kata 'bia la ada baju baru sket'.. betul gak tuh. semangat baru jadinya. hehe

mmm sediakan barang2 ni siap2. sok2 nak sibuk membaca and menghafal plak. kata2 abg maksu, bia kita hafal bacaan2 yg perlu dibaca kat sana. sbb kalu asyik tgk buku je..haha payah la pastu takut mata asyik pandang buku..kang tersepak ke.. terlanggar ke..payah lak.

tu la persediaan maksu. selain menyiapkan kekuatan dalaman. cewah.. banyak2 kan selawat ke atas Nabi. bukan hanya sbb nak sambut maulidurrasul ni tp tuk semarakkan rasa kasih dan cinta kepada Nabi. mudah-mudahan maksu lebih menghargai Nabi kita nih. nanti nak ziarah maqam Rasulullah..subhanallah...

mak suruh doa agar badan sihat, cergas tuk laksanakan ibadah. and doa agar kita sentiasa bersama. maksu, mak and along. ada gak denga cite, org boleh hilang and sesat kat sana..mmm takut gak camtu. mane la nak carik kalu camtu..

Ya Allah sampaikan lah kami kepadaMu dan lapangkanlah perjalanan kami ini agar perjalanan ini mendapat rahmat dan kasihMu..

kem bestari solat






mmm satu aktiviti jqaf ni ialah kem bestari solat. kat sini lah murid2 di ajar tuk wudhu' and solat dengan betul. so guru2 yg dilantik akan mengajar mengikut kumpulan2 yg ditetapkan.

baru je selesai sabtu lepas. best gak kem ni. ramai guru2 yg sudi membantu. meriah lah rasanya. bila dah dibahagikan dlm kumpulan kecik, so setiap murid dpt diteliti sorang2. so guru2 dapat kenalpasti bacaan, perlakuan setiap ibadah tuh.

pape pun, alhamdulillah dari kaca mata maksu, ramai yang dah boleh melaksanakan solat dengan baik. bacaan ok, perlakuan pun ok. kira ok lah tuh. mudah2han murid2 dpt melaksanakannya dirumah.

huh bekalan pahala tuk guru2 tu. alhamdulillah ilmu yg bermanfaat. untung jadik cikgu nih.. hehe

kelas tilawah

salam..

lama maksu xpost. hehe laptop ni diguna oleh cikgu lain.al maklum la ni laptop sekolah.. so menanggung rindu la maksu tuk bukak blog nih. alhamdulillah dah dpt balik..aduh..bila la ada rezki nak beli pc sendiri ni..hehe
kelas belansung cam biasa. kali ni maksu nak cite pasal kelas tilawah al-quran tuk tahun 2 and 3. mereka sepatutnya dah baca al-quran. namun masih ada segelintir yang masih belum berada di tahap sepatutnya.



so masih baca iqra' walaupun kwn2 lain yang dah laju baca al-quran. tahap murid lain2. ada yang cepat dan lambat. sangat mencabar mengajar kerana mereka cam baru nak kenal huruf. pastu dah di ajar cepat lupa. kalu lepas cuti sekolah lah yg seksa..lupa semua..aduhh tak ulangkaji kat umah la tuh..

pape pun..tu la tugas guru. perlu sentiasa sabar dan sentiasa bagi sokongan tuk mereka bina keyakinan diri bahawa mereka yg lemah juga boleh jadi cam kwn2 yg pandai. janji rajin usaha dan selalu ulangkaji..




Thursday, February 26, 2009

Pertolongan Ar Rahman di Gaza

Maksu nak kongsikan email yg maksu terima dari kawan maksu. mudah2an kita ambil iktibar..

Berikut adalah tulisan Dr Abdul Rahman Ahmad Jamal, salah seorang pemimpin Hamas berkenaan perang di Gaza .

Bukanlah secara kebetulan bahwa peperangan yang dihadapi oleh rakyat Palestin di Gaza dengan penuh keteguhan dan kesabaran disebut dengan perang "Al-Furqan" atau perang pembeza. Penamaan ini sudah menjadi takdir Allah swt. Perang ini adalah sambungan dari perang Badar yang dinamakan oleh Allah yang Maha Kuasa pada Hari Al-Furqan di mana bertemunya dua kelompok.

Dalam peperangan Badar, tanda2 Allah sangat jelas terlihat dengan pertolongan- Nya kepada orang yang beriman yang jumlahnya sedikit. Bahkan Allah mentadbir dan mengatur peperangan itu dengan mengerahkan malaikat untuk berperang bersama orang-orang yang beriman. Malaikat memberikan rasa mengantuk kepada orang mukmin untuk keamanan dan ketenangan bagi mereka, menurunkan air dari langit untuk membersihkan orang-orang yang beriman dari kotoran syaitan dan mengikat hati-hati mereka dan meneguhkan kaki-kaki mereka. Allah swt mewahyukan kepada para malaikatnya dengan firmanNya :
"أني معكم فثبتوا الذين آمنوا سألقي في قلوب الذين كفروا الرعب"
"Bahwa Aku bersama kamu, maka kukuhkanlah pendirian orang-orang yang beriman. Akan kami berikan ketakutan dalam hati orang-orang kafir," (QS : Al-Anfal 12)

Begitu juga para malaikat ikut memerangi orang-orang musyrik
"فاضربوا فوق الأعناق واضربوا منهم كل بنان"
"Maka pukullah atas leher-leher mereka dan pukullah ujung jari-jari mereka"

Serta lemparan Rasulullah saw yang mengena kepada sasaran
"فلم تقتلوهم ولكن الله قتلهم وما رميت إذ رميت ولكن الله رمي "

"Maka bukanlah kamu yang membunuh mereka (orang kafir) tapi Allah yang membunuh mereka,
dan bukanlah engkau yang melempar ketika engkau melempar namun Allah yang melempar" (QS : Al-Anfal 17)

Allah swt memperlihatkan jumlah orang-orang musyrik di mata Rasulullah saw dalam mimpinya dengan jumlah yang sedikit dan Allah memperlihatkan di mata orang-orang mukmin jumlah orang-orang kafir sedikit. Ketika dua kelompok ini bertemu, maka orang-orang kafir melihat jumlah orang mukmin dua kali ganda. Allah menolong siapa saja yang dikedendakinya. Semua itu adalah karamah dalam pertempuran Al-Furqan.

Dalam pertempuran Al-Furqan di Gaza sebulan yang lalu, benar2 nampak dokongan dan pertolongan Allah kepada para mujahidin bahkan kepada manusia secara umum. Allah swt mengurniakan sejumlah karamah kepada mujahidin untuk memberikan keteguhan di hati mereka. Itu tidak pelik dan aneh.

Para ulama menegaskan dengan dalil yang kuat bahwa para malaikat yang turun di perang Badar untuk berperang bersama orang-orang mukmin itu tidak khusus untuk ahli Badar namun umum untuk semua golongan orang-orang yang beriman; jika mereka ikhlas dan benar dalam jihadnya untuk meninggikan kalimat Allah dan menegakkan syariat-Nya. Sejumlah mujahidin yang berada di medan jihad di Gaza menceritakan peristiwa2 yang terjadi kepada mereka yang membuatkan hati mereka tenang.

Karamah pertama adalah keteguhan para mujahidin di medan perang yang digempur habis-habisan oleh pesawat tempur di atas kepala mereka dan kereta2 kebal di sekeliling mereka. Namun mereka tetap berperang tanpa rasa gentar. Orang-orang yang menyaksikannya memiliki prasangka yang bermacam-macam terhadap Allah swt dan hati mereka seakan tergoncang oleh gempa bumi yang dahsyat. Faktor2 pertolongan di muka bumi sudah habis dan hanya ada pertolongan dari Allah swt. Maka Allah swt melimpahkan karamah kepada mereka. Dalam peperangan sebelum ini yang pernah dialami oleh kaum muslimin sepanjang sejarah, banyak kisah-kisah yang dicatatkan tentang karamah ini.

Salah satu karamah terjadi di desa Mighraqah di mana sejumlah mujahidin melihat dengan mata kepala mereka sendiri. Mereka melihat sebuah rumah dihancurkan oleh tentera Zionis Israel dengan bom yang besar sehingga mereka khuatir akan mengena ke rumah di sebelahnya. Dalam kebakaran yang hebat itu, mereka melihat seorang mujahid berdoa kepada Allah swt dengan menangis: "Wahai Allah yang menjadikan api, dingin dan keselamatan bagi Ibrahim, padamkan api dengan kehendak-Mu" di mana hanya selang tiga minit sahaja selepas itu api itu padam. Maka para mujahidin yang turut menyaksikan itu menangis semuanya kerana mereka merasakan Allah swt menolong dan mengabulkan doa mereka.

Masih pada pertempuran di Mighraqah di mana pesawat-pesawat tempur Israel menggempur dan mengepung mujahidin dari atas kepala mereka.. Mereka tidak dapat bergerak. Tiba-tiba datang awan mendung yang memayungi mereka dan menutupi pesawat tempur Israel untuk melihat ke bumi. Maka para mujahidin pun bergerak bagi menghindarkan diri mereka dari tempat itu.

Ada juga cerita seorang mujahid yang mengalami sendiri bersama rakan-rakannya yang sedang berada di sebuah rumah. Bom dan peluru berpandu dari pesawat dan kereta kebal Israel menggempur mereka habis-habisan, namun tidak seorangpun yang terkena serangan itu. Sebahagian dari kami merasa takut. Namun tiba-tiba dia mengajak kami menghalang kereta2 kebal Israel yang menyerang kami sehingga Allah memberikan pertolongan untuk meledakkan beberapa kereta kebal yang ada. Maha Suci Allah yang menurunkan ketenangan dalam hati-hati orang yang beriman dan Allah memiliki tentera-tentera di langit dan bumi dan Allah Maha Perkasa lagi Bijaksana.

Seorang mujahid menceritakan kepada penulis bahwa mereka melihat dua kereta kebal meletup dan terbakar di tempat mereka memasang bom tepi jalan. Ketika kami menghampiri dua kereta kebal Israel yang meletup itu, ternyata bom tepi jalan yang kami pasang belum meletup.

Seorang mujahid lain menceritakan bahwa ia bersendirian ketika memasang bom tepi jalan. Beberapa saat kemudian ia sudah dikepung oleh kereta2 kebal Israel . Dalam keadaan yang cemas itu, ia berbisik dalam dirinya, "carilah tempat yang lebih aman". Namun ia mendengar satu suara tanpa diketahui dari mana datangnya; "tetaplah berada di tempatmu". Maka dia tetap berdiri di tempatnya dan tiba-tiba ketenangan merasuk dalam hatinya dan Allah memberikan pertolongan dengan meletupnya kereta2 kebal Israel itu.

Seorang mujahid lain menceritakan bahwa ketika dia hendak melepaskan roket, ia merasa ada "orang" yang membetulkan sasarannya ke kanan dan ke kiri sedikit.
Penulis sendiri mencium bau wangian yang keluar dari poket baju jasad seorang mujahid yang Syahid bernama Abdullah As-Shanik padahal is sudah 20 hari terbungkus.

Bau wangian yang sama juga penulis cium dari jasad Syahid Musa Hasan Abu Nar yang terbunuh dan darahnya meluncur keluar membasahi lantai masjid. Meskipun darah itu dibersihkan namun baunya itu masih wangi. Bukan hanya penulis yang menciumnya namun orang lain juga begitu. Ini sungguh meyakinkan penulis akan kebenaran jalan dan langkah Rasulullah saw meski orang-orang kafir dan munafik benci.

Bahkan kesaksian-kesaksian dari askar2 Yahudi yang disiarkan oleh Channel 10 televisyen Israel bahwa mereka menyaksikan lembaga aneh yang mereka yakini sebagai hantu yang keluar dari bumi dan memerangi mereka.

Ada juga kesaksian dari seorang askar Israel yang buta matanya akibat dilempar dengan pasir oleh seorang laki-laki yang berpakaian putih.

Bahkan ketakutan yang dicampakkan ke dalam hati-hati orang Yahudi menjadikan mereka yang memiliki senjata jauh lebih canggih dari senjata kaum mujahidin Palestin takut untuk membuat serangan dan hanya menyerang kanak-kanak, wanita, orang2 tua dan orang awam yang tidak membawa senjata.

Wahai warga Gaza , para mujahidin yang sabar dan teguh, Allah bersama kamu. Kamu telah mendapat kemuliaan di perang Gaza dan kamu tulis sejarah di lembaran yang bersinar, Kamu kalahkan lagenda tentera Israel yang kononnya sukar dikalahkan. Kamu tanamkan ruh jihad di dalam hati umat ini meskipun dengan pengorbanan dan kehancuran rumah-rumah kamu, meskipun dengan mengorbankan para syuhada. Kamu jual jiwa-jiwa kamu dan harta kamu dengan syurga dan Allah membelinya, maka bergembiralah dengan perniagaan kamu dan itulah kemenangan yang besar.

Bagi-Mu ya Allah segala pujian dan bagi-Mu segala syukur, semua urusan dikembalikan kepada-Nya, yang terang dan rahsia, segala puji dengan Islam, Iman, Al-Quran, dengan ribat, jihad sehingga Engkau mudahkan urusan kami dalam mengalahkan musuh kami, dan Engkau bantulah mujahidin kami. Segala puji bagi-Mu sesuai dengan wajah-Mu dan keagungan kekuasaan-Mu.

Wednesday, February 25, 2009

aktiviti koko

hari rabu biasalah..
hari kokurikulum semalaysia. atau singkatannya koko. pagi jam 7.40pagi ada permainan. kang kul 1-2ptg sambung lak persatuan atau badan beruniform tuk murid tahun 3-6.

time permainan ni best la. maksu mmg tak lepas kan peluang tuk senaman, maklumlah azam nak kekal sehat tahun nih. dengan tshirt ala muslimah and trek suit tu maksu akan join atau sesekali conduct senaman. time ni la nak berpeluh..huh bestnye. rasa sehat sejam!!

sepatutnya tugasan mengajar bola baling. tapi kadang2 ada masalah teknikal sket. kadang2 xcukup bola nak main. tapi yang paling utama..cikgu nya xde sijil kejurulatihan.. hehe tapi kat sekolah rendah ni cikgu2 kena pandai sume. setakat basic baling2 bola tu ok la haha

tp yang best kreativiti cikgu2 nih. buat sukan rakyat. haha best tul. ajar murid2 main permainan zaman muda2 cikgu. teringat zaman kanak2 dulu. kat kampung time tu, balik sekolah terus main. main nyorok2 la paling best. sampai la mak jerit suruh mandi nak pegi mengaji..hehe

so kitaorg try la main ngan budak2 ni galah adang, datuk harimau, bola beracun, terbang lalat, baling tin, konda kondi, anak ayam..ape lagi ek. tak ingat..tapi..cehh budak2 nih xreti nak main. xtau nak main sukan rakyat nih bahkan xpernah main lansung. aduh..

dorang nih tau main ape ek? oo tau senamrobik and game komputer..erm..zaman dah berubah..

dulu kita main bebas lari2 tapi kini dorang main terkurung dalam rumah
dulu kita kreatif main apa saja yang ada tapi kini dorang mainan pun mahal and kene beli
dulu kita kawan satu kampung tapi kini dorang kawan ngan org sebelah pagar
dulu lepas sekolah kita free tapi kini dorang kelas tambahan and tuisyen setiap hari
dulu kita mandi air perigi kini dorang mandi shower hot water lagi..

hehe

Monday, February 23, 2009

donat maksu


sabtu yang lepas maksu luangkan masa ke dapur lagi. hehe kali ni nak try buat donat lak. jom la try gak.

yis rendamkan ngan secawan air suam
buh dalam 1 bekas: tepung gandum + gula 1 sudu + susu pekat or cair + 2 sudu margerin

pastu campur kan air yis td
uli sampai jadi doh

uli sambil buh sket2 tepung gandum. sampai jadi doh yang tak lekat kat tangan. hehe

pastu biarkan sampai doh naik 2 kali ganda
pastu bentukkan lah doh tu cam donat, bulat2 and ade lubang di tgh2.

sambil tu kisar gula biar jadi gula halus
minyak dah panas maka goreng lah sampai masak.
angkat dan gaulkan dalam gula halus td..

dah siap...hehe


p/s banyak2 kuih, kuih pe yang org makan tepi die je..tengah xmakan..

bahasa arab tahun 3

hari ini kelas bahasa arab tahun 3. masuk tajuk baru. maksu cepatkan sket dari silibus sbb nanti bulan 3 ada cuti seminggu. takut nanti xdpt abis silibus. tajuk tentang 'subject di sekolah'

dari semalam lagi maksu dah siapkan perancangan tuk mengajar. so hari ni ada masa tuk sediakan kad imbasan. maksu cuba rancangkan sebaiknya memandangkan masa yang ada 30minit.

dalam masa itulah pengajaran perlu dijalankan. ini menuntut kreativiti guru kerana:

1. bukan senang nak mengajar murid2 menyebut kalimat2 bahasa arab yang panjang dan asing. (lebih2 lagi yang masih belum mahir membaca)

2. ada aktiviti perbualan plak tuh

sbb tu maksu sediakan kad imbasan nih. bacaan dengan kad imbasan sebelum murid dibenarkan membuka buku teks. masa tu la nak betulkan sebutan dan bacaan murid2. kad imbasan dipapar satu persatu. guru baca dulu, murid ikut. tapi mane yg dah tere baca, die akan baca sama ngan guru. tu kira budak aras pandai lagi bijak la tuh.



ni la kad imbasan tuh. baca and ulang byk2 kali biar lancar hehe


pastu buka buku teks, maka dialog dalam buku teks lebih mudah dibaca kerana telah mahir membaca melalui kad imbasan tadi. tu cara yang paling mudah. bila ada gambar dalam buku maka mereka akan meneka sendiri maksud perkataan yang dibaca.

seterusnya dialog dijalankan. mula2 bacaan secara kelas. tapi maksu ada cara yang menarik agar murid2 ni bersaing tuk membaca dengan baik dan kuat. so apa lagi buat pertandingan bacaan antara lelaki dan perempuan. sure dorang akan baca sungguh2. al maklum la nak bersaing.. hehe apa2 pun yang penting mereka baca dengan betul.

last sekali buat latihan dalam buku aktiviti. tang ni jenuh sket. walaupun dah diterangkan dihadapan, pasti ada yang datang bertanya semula.

"nak buat apa nih ustazah..?"

aduhhh.. kadang2 tension lak. yang kita dah cakap tadi...dorang dtg tanya balik...aduhhh saba je la

cikgu...cikgu..

Ya Allah, limpahkanlah kesabaran dan kasih sayang pada kami...




Friday, February 20, 2009

Talbiyah



alhamdulillah..insyaallah

itulah yang sesungguhnya maksu lafazkan. hajat dan azam utk menunaikan umrah tahun ini semakin tercapai. insyaallah 30 mei 2009 tarikh yang telah ditempah utk berlepas bersama mak dan along.

sesungguhnya maksu merasakan ini adalah satu nikmat yang sangat berharga. jika Allah mengizinkan perjalanan ini maka maksu merasakan maksu lah orang yang paling bahagia sekali. kerana itu maksu nak kongsikan perasaan, bacaan dan persiapan maksu diblog ini.

memenuhi jemputan mengunjungi Baitullah, menjejaki Rasulullah dan sahabat dan melaksanakan ibadah umrah merupakan satu pengalaman yang sangat berharga. bagaimanalah perasaan ini apabila berhadapan dengan Kaabah..berhadapan dengan maqam Rasulullah, Abu Bakar, Umar R.A dan mengunjungi kubur para sahabat..(maksu perlu banyak bacaan tentang sirah Nabi dan sahabat agar lebih mengenali dan menghargai jasa dan pengorbanan mereka).

subhanallah..bagaimanakah perasaan berada di dalam masjid Nabi. berkunjung ke medan peperangan..tawaf..saie...menginsafi sejarah panjang penyebaran agama Islam. Ya Allah, aku mohon agar kunjungan ini adalah utk lebih mendekatkan diri ini kepadaMu.


لَبَيْكَ اللّهُمَّ لَبَيْكَ، لَبَيْكَ لا شَرِيْكَ لَكَ لَبَيْكَ، إِنَّ الْحَمْدَ وَالنِّعْمَةَ لَكَ وَالْمُلْكَ، لاَ شَرِيْكَ لَكَ

"Ya Allah aku penuhi panggilanMu. Aku penuhi panggilanMu. Tiada sekutu bagiMu. Aku penuhi panggilanMu. Sesungguhnya segala puji, kenikmatan dan kekuasaan hanyalah kepunyaanMu. Tiada sekutu bagiMu"


Talbiyah ini merupakan syiar ibadah utk mengEsakan Allah. mencerminkan kesediaan kita tuk sentiasa mentauhidkan Allah dalam seluruh kehidupan. Tauhid inilah yang menjadi pintu kepada seseorang muslim. menjadikan kita mengakui bahawa Allah sebagai Satu-satunya Tuhan, tiada yang setanding dengannya.


kita diajar agar meletakkan bahawa Allah lah sebagai Penguasa, Pencipta, Pemilik sekalian alam, Satu-satunya Pemberi Rezki, Pelindung, Pemimpin. maka kita adalah hamba yang paling lemah yang sangat2 memerlukan Allah. keyakinan ini akan meningkatkan iman, taqwa dan ibadah kita kepada Allah. agar Allah melimpahkan rahmat dan kasih sayangnya kepada kita..

setakat ini dulu bacaan maksu. nanti kita kongsikan lagi..


Wednesday, February 18, 2009

Ya Rasulullah


Alangkah indahnya hidup ini
Andai dapat ku tatap wajahmu
Kan pasti mengalir airmataku
Kerna pancaran ketenanganmu

Alangkah indahnya hidup ini
Andai dapat ku kucup tanganmu
Moga mengalir keberkatan dalam diriku
Untuk mengikut jejak langkahmu

Ya Rasulullah Ya Habiballah
Tak pernahku tatap wajahmu
Ya Rasulullah Ya Habiballah
Kami rindu padamu
Alangkah indahnya hidup ini
Andai dapat ku dakap dirimu
Tiada kata yang dapat aku ucapkan
Hanya Tuhan saja yang tahu

Kutahu cintamu kepada umat
Ummati ummati
Kutahu bimbangnya kau tentang kami
Syafaatkan kami

Ya Rasulullah Ya Habiballah
Terimalah kami sebagai umatmu
Ya Rasululah Ya Habilballah
Kurniakanlah syafaatmu


Tuesday, February 17, 2009

Pencipta dan Pemilik



Pak Abu telah berjaya mencipta sebuah kereta. siapakah Pak Abu?

Tentunya Pak Abu seorang yang..
  1. Mahir dalam ilmu permotoran. Pandai mencipta enjin

  2. Mahir dalam pembuatan getah, aliminium, kain dan plastik

  3. Mahir tentang keupayaan air dan minyak

  4. Mahir dalam selok belok sistem cahaya, bunyi dan udara

  5. Kreatif kerana berjaya menggabungkan semua unsur tadi

  6. Progresif kerana berjaya menghasilkan kenderaan yang boleh bergerak

  7. Dan macam2 lagi lah

Itu lah kita melihat Pak Abu..Pencipta yang hebat


Maka bagaimana pula kita melihat kepada Pencipta alam ini. apa yang ada dilangit dan bumi. Dari awan yang sangat nipis kepada bumi yang sangat tebal. dari apa yang terlihat oleh mata kasar hingga apa yang dilihat oleh mikroskop. dari yang dilihat didepan mata hingga jauh ke atas angkasa dan jauh ke dalam dasar laut.

maka tentunya Allah lah Pencipta Yang Maha Hebat.


ini pula mesin basuh. Pencipta mesin basuh ini telah membekalkan satu manual tuk kita. dalam manual tu dimaklumkan bagaimana menggunakan mesin basuh ini dan juga disenaraikankan perkara2 yang tidak boleh dilakukan ke atas mesin ini.

cara2 menggunakan mesin basuh:

  1. letak ditempat yang rata
  2. perlu kepada aliran elektrik yang mencukupi
  3. menyukat air sesuai dengan kadar pakaian

perkara yang tidak boleh dilakukan

  1. hanya digunakan utk membasuh pakaian, bukan pinggan mangkuk atau lain2
  2. memasukkan tangan kedalam ketika mesin sedang berfungsi
  3. dan macam2 lagi

aduh mengapa pencipta mesin basuh ini sibuk menyenaraikan apa yang boleh dan tidak boleh dilakukan??

ha kerana pencipta lebih tahu tentang barang ciptaannya.. dia adalah pemilik barang ciptaannya. dia lebih tahu bagaimana memastikan mesin berfungsi dengan baik dan dia juga tahu perkara2 yang tidak boleh dilakukan kerana akan menyebabkan mesin rosak dan tidak berfungsi..kerana itu dia mencipta manual sebagai panduan dan rujukan.

Maka siapakah Pencipta alam ini?

Siapakah yang mencipta kita?

Allah.

Maka Allah lebih tahu semua tentang kita. kerana itu Allah membekalkan satu manual iaitu Al-Quran yang sangat baik tuk kita. didalamnya diberitahu tentang hukum dan undang2 yang perlu kita patuhi agar kita dapat berfungsi dengan baik dan tidak rosak..

Waallahu 'alam

hari2 kerjaku

assalamualaikum

seperti biasa sesudah solat subuh maksu akan berangkat ke sekolah. sementara menunggu enjin kereta panas, time tu la maksu meneguk cewahh secawan anlene hehe (tuk tulang yang sihat lah katakan..). jam 6.30pagi bermulalah stereng maksu menuju kesekolah. melalui jalan bandar seremban yang masih lengang.

jam 7.10 biasanya maksu dah sampai. lepas scan kad pintar, maksu terus ke meja dibilik guru, membuka buku rekod mengajar yang kadang kala belum habis disiapkan semalam. buku rekod mengajar ni lah sangat penting bagi seorang guru.

perancangan mengajar diteliti agar pengajaran dan pembelajaran dalam kelas nanti dapat disempurnakan. mulai dengan set induksi sebagai pengenalan kepada tajuk yang akan diajar pada hari itu. set induksi ni penting sebagai pembuka pemikiran murid2 agar lebih berminat dan bersedia dengan pelajaran seterusnya.

pastu siap ngan langkah 1..2..3..dan penutup pada pembelajaran. apa yang hendak dikatakan, dilakukan, aktiviti yang bersesuaian semuanya harus dirancang agar matlamat pengajaran hari tu tercapai. tak kurang juga menyediakan bahan seperti buku teks, buku kerja, buku tulis atau bahan seperti kad imbasan, carta dan gambar2 yang diperlukan bagi membantu melicinkan perjalanan dalam kelas nanti.



nilah rupa buku rekod mengajar maksu..penting nih

selepas segalanya maksu dah pastikan..maksu akan terus ke tapak perhimpunan. menyertai perhimpunan murid2 menyanyikan lagu patriotik serta penyampaian makluman dari guru2. kemudian murid2 akan masuk ke kelas dan pengajaran dimulakan.

begitulah keadaannya di sekolah. tidak jauh beza sewaktu maksu bergelar seorang murid 20tahun yang lalu.. banyak yang dapat mengimbas kenangan2 masa sekolah dulu. terutama melihat di luar pagar sekolah.

kelihatan bapa2 biasanya menurunkan anak2 mereka di pagar itu. maksu terkenang, begitulah maksu ketika abah menghantar maksu dulu. turun dari motor, salam tangan, cium tangan, abah akan mengucup dahi maksu dan tangannya akan mengemas2 rambut maksu. (hehe sekolah rendah dulu xpakai tudung lagi...) pastu abah akan bagi duit belanja. hehe bestnye dapat duit masa tu..

"belajar rajin2!"

ha tu kata2 abah!! time tu mesti jawapannya "yelah" hehe

Monday, February 16, 2009

kuih seri muka maksu


ha kali ini resepi buat 'seri muka' plak

1. beras pulut direndam pagi sebelum pergi sekolah nanti petang balik dah kembang je beras tuh

2. telor 3 biji + 1 cawan gula dikisar

3. 1 cawan tepung gandum + setengah cawan tepung jagung diayak

4. buh dalam bekas bahan2 nih :

telur yang telah dikisar + tepung yang dah diayak + pewarna hijau + perisa asen vanila + pati santan + garam sikit

gaul biar cair je tengok.. cam kastart..hehe boleh faham ke..

4. beras pulut tadi dibasuh, buh dalam loyang + santan, sukat santan cam sukat air nak masak nasi, tapi kurangkan air sikit sebab beras pulut tu dah kembang. kang lembik sangat plak. kukus sampai masak la.

5. Keluarkan pulut tuh dari periuk kukus. pulut dalam loyang tu ditekan biar padat. pastu masukkan balik dalam periuk kukus. (jangan nak tunjuk tere nak tekan dalam periuk tuh, kang...chef nye plak yang masak...)

6. masukkan bahan2 kastart td tu atas pulut td..

7. kukus lagi dalam 15-20minit la

dah sejuk baru boleh potong ok..


kek coklat kukus maksu




hehe
ni resepi kek coklat kukus maksu. sesape nak try boleh la.


1. 1 cawan gula + 4 biji telor dikisar

2. 2 cawan tepung gandum + soda bikarbonat diayak

3. buh dalam 1 bekas bahan2 ni :

tepung yang dah diayak td + 1 tin susu pekat + 1 cawan serbuk koko + telor yang dikisar td + 1 cawan minyak +1 cawan air panas.

gaul sampai likat. hehe

4. Kukus dalam loyang yang dah mendidih airnya dalam sejam

senang je. topengnya maksu tak abis belajar lg. nanti maksu try and update kat sini ok

selamat mencuba

Saturday, February 14, 2009

suri rumahtangga sepenuh masa

Hari sabtu dan ahad ni maksu dok dirumah. jarang maksu dapat masa camni. maklum la selalunya sibuk..(cewahh..) tp memang jarang lah dpt meluangkan sepenuh hari dirumah. mula lah rasa cam suri rumahtangga sepenuh masa.

huh dari sabtu pagi maksu siapkan sarapan, pastu kemas dapur. pening tengok almari yang penuh ntah apa. mana yang berselerak maksu kemas, membuang mana2 yang dah luput tarikh..huh teruk tul. sapu, kemas siap alihkan barang2 biar nampak lebih luas ruang dapur tuh.

pastu ke ruang tamu, susun surat khabar lama bawah tangga, sapu, mop lantai, mop tangga. huh pastu ke luar rumah, sapu laman, siram cactus yang menjadi hobi suatu masa dahulu..hehe membesar gak cactus nih. untung tanam cactus, xde banyak kerenah. hehe


ni la rupa cactus maksu..hehe minat nak menanam tu tetap ada!!



pastu kemas bilik, lipat baju, susun almari buku, buang sawang kat syiling, sapu, mop lantai and cuci kipas. huhhhhhhh letihnya....




ni sebahagian dari rak buku maksu..hehe bila dah susun, dapat 1 lg ruang kosong.



menu lengkap cuti ni. mula dengan sarapan pagi, makan tengahari, minum petang dan makan malam. semua untuk mak maksu. al maklum lah time sibuk, mak akan buat sendiri. hehe. tapi kesempatan cuti ni, maksu layan mak sebaik mungkin.

hari ahad lak, pas buat sarapan, maksu ke pasar. eh pasaraya hehe. beli ikan, ayam, udang, sayur..banyak lagi...huh birat lah jari2 ni angkat masuk keta. balik rumah, maksu siang ikan nak masak tengahari. semangat betul.

tapi...aduh terasa tak berdaya nak berdiri.. hehe. last2 goreng ikan bersambal je. pastu rasa nak rehat sangat. huh tak larat rasanye.

aduh..letih juga jadi suri rumahtangga sepenuh masa ni. lebih letih dari buat kerja2 lain. hehe cemana la orang boleh duduk di rumah, kuat betul. ni nasib lah xde yang nak buat sepah. kalu tak lagi penat lah maksu nak mengemas..

huh jangan pandang rendah suri rumahtangga nih. caya lah. ucapan tahniah maksu tuk para suri rumahtangga sekalian. itulah pahala yang tidak ternilai bagi yang melaksanakannya dengan ikhlas. setiap yang kita lakukan itu dinilai ibadah disisi Allah dan pastinya ibadah adalah pahala.

bila tengok rumah bersih dan kemas alangkah gembiranya hati ini..bestnye..



Friday, February 13, 2009

rahsia bulan kelahiran

hari sabtu ni maksu duduk je di rumah. tak de plak nak plan kemana2. so apa lagi..maksu terbaca la plak satu post org ni berkenaan bulan kelahiran yang kononnya ada kaitan ngan diri tuan punya badan. so maksu pun teruskan bacaan.

maksu lahir bulan september, so huraiannya berbunyi...

SEPTEMBER

* Sangat bersopan santun & bertolak ansur.
* Sangat cermat, teliti & teratur.
* Suka menegur kesilapan orang lain & mengkritik.
* Pendiam tapi pandai bercakap.
* Sikap sangat cool, sangat baik & mudah simpati.
* Sangat perihatin & terperinci, amanah, setia & jujur.
* Kerja yang dilakukan sangat sempurna.
* Sangat sensitif yang tidak diketahui.
* orang yang banyak berfikir.
* Daya pentaakulan yang baik.
* Otak bijak & mudah belajar.
* Suka mencari maklumat.
* Kawal diri dari terlalu mengkritik.
* Pandai mendorong diri sendiri.
* Mudah memahami orang lain kerana banyak menyimpan rahsia.
* Suka sukan, hiburan & melancong.
* Kurang menunjukkan perasaannya.
* Terluka hatinya sangat lama disimpan.
* Terlalu memilih pasangan.
* Sukakan benda yang luas.
* Bersistematik

hehe dari pengamatan maksu..kira banyak gak lah yang kena ngan maksu..(eh ye ke?? hehe) sangat bersopan santun tu..hehe xlarat i..

sangat terperinci..tu yg buat org nyampah tu..cerewet sgt..hahaha

tang melancong tu memang sah la. walaupun xpenah ke luar negeri. cuti sekolah yang lepas gi cameron highland. ade plak member yang sekepala..







suka sukan tu maksu mmg setuju. walaupun xpandai main dan kurang stamina tp semangat bersukan tu mmg subur di hati maksu. al maklum la nak kekal sehat la kata kan. time kokurikulum kat skolah, maksu selalu ambil kesempatan join main ngan murid2.

pandai mendorong diri sendiri...
ha tu sendiri mau ingat la maksu..sapa lagi yang lebih tahu tentang perasaan, harapan, cita2 dan selok belok diri kalu bukan diri kita sendiri. so bagi motivasi, ucap tahniah, marah, merajuk dan sebagainya pada diri sendiri. kalu tak, yang rugi pun diri sendiri jugak. ha lu pikir la sendiri nabil.

terlalu memilih pasangan??
wowoo aduhh tu maksu xtau nak huraikan cane. tapi kalu difikirkan mungkin jawapannya ya kot. haha memang lah pilih. pilih lelaki!!!! hahaha

hehe seronok gak kalu tau hal diiri sendiri ni. mane yang baik boleh la diteruskan. mana yang buruk harap dapat diinsafi. mudah mudahan...

hobi baru

hai assalamualaikum

maksu ni ada hobi baru. haha semangat beli periuk kukus baru. azam nak try buat kuih..n apa2 yg patut. so tanya2 la kat orang nak resepi bikin kuih and kek. jangan tak percaya ngan semangat baru maksu ni.. (maksu pun cam xcaya je..betul ke aku nih..)

first maksu mintak resepi kek coklat kukus dari kak idah, pengusaha kantin sekolah maksu. semangat tul, balik umah terus buat, 2 loyang lak tu.hehe. merasa la mak, adik beradik and kawan2. huh dari survey yg maksu buat, rata2 komen ok la hahaha (nak jaga hati maksu kot..hehe)
tara... tu la rupa kek maksu. hehe.



ni la periuk baru maksu..hehe (beli periuk pun nak cakap ngan org) hahaha


pastu hari ni semangat nak buat kuih 'seri muka' hehe. 2 loyang lg maksu try. pagi sebelum ke sekolah maksu dah rendam beras pulut. balik je umah terus perah kelapa huh semangat betul. kali ni banyak ijtihad sendiri sbb xde penimbang nak sukat dlm gram. hehe belasah je.





kuih seri muka maksu..(tak berseri pun huhu)

last maksu tengok, huh dari segi rupa kira jadik la. rasa pun ok. xmanis sangat. cuma tgk kat pulut tu cam lembik sikit. so bile potong senget bangat la..hehe maklum la ijtihad sendiri. tapi yang best nye mama maksu kata..(hish apehal lak panggil mama nih) "lembut cam ni la best, senang mak makan..." hehe mak ni selalu menyokong maksu. xpenah la komen masakan maksu. hehhe tq mak.

pasni nak buat kuih pe lak yekk..hehe