Friday, February 20, 2009

Talbiyah



alhamdulillah..insyaallah

itulah yang sesungguhnya maksu lafazkan. hajat dan azam utk menunaikan umrah tahun ini semakin tercapai. insyaallah 30 mei 2009 tarikh yang telah ditempah utk berlepas bersama mak dan along.

sesungguhnya maksu merasakan ini adalah satu nikmat yang sangat berharga. jika Allah mengizinkan perjalanan ini maka maksu merasakan maksu lah orang yang paling bahagia sekali. kerana itu maksu nak kongsikan perasaan, bacaan dan persiapan maksu diblog ini.

memenuhi jemputan mengunjungi Baitullah, menjejaki Rasulullah dan sahabat dan melaksanakan ibadah umrah merupakan satu pengalaman yang sangat berharga. bagaimanalah perasaan ini apabila berhadapan dengan Kaabah..berhadapan dengan maqam Rasulullah, Abu Bakar, Umar R.A dan mengunjungi kubur para sahabat..(maksu perlu banyak bacaan tentang sirah Nabi dan sahabat agar lebih mengenali dan menghargai jasa dan pengorbanan mereka).

subhanallah..bagaimanakah perasaan berada di dalam masjid Nabi. berkunjung ke medan peperangan..tawaf..saie...menginsafi sejarah panjang penyebaran agama Islam. Ya Allah, aku mohon agar kunjungan ini adalah utk lebih mendekatkan diri ini kepadaMu.


لَبَيْكَ اللّهُمَّ لَبَيْكَ، لَبَيْكَ لا شَرِيْكَ لَكَ لَبَيْكَ، إِنَّ الْحَمْدَ وَالنِّعْمَةَ لَكَ وَالْمُلْكَ، لاَ شَرِيْكَ لَكَ

"Ya Allah aku penuhi panggilanMu. Aku penuhi panggilanMu. Tiada sekutu bagiMu. Aku penuhi panggilanMu. Sesungguhnya segala puji, kenikmatan dan kekuasaan hanyalah kepunyaanMu. Tiada sekutu bagiMu"


Talbiyah ini merupakan syiar ibadah utk mengEsakan Allah. mencerminkan kesediaan kita tuk sentiasa mentauhidkan Allah dalam seluruh kehidupan. Tauhid inilah yang menjadi pintu kepada seseorang muslim. menjadikan kita mengakui bahawa Allah sebagai Satu-satunya Tuhan, tiada yang setanding dengannya.


kita diajar agar meletakkan bahawa Allah lah sebagai Penguasa, Pencipta, Pemilik sekalian alam, Satu-satunya Pemberi Rezki, Pelindung, Pemimpin. maka kita adalah hamba yang paling lemah yang sangat2 memerlukan Allah. keyakinan ini akan meningkatkan iman, taqwa dan ibadah kita kepada Allah. agar Allah melimpahkan rahmat dan kasih sayangnya kepada kita..

setakat ini dulu bacaan maksu. nanti kita kongsikan lagi..


1 comment: